Kumpulan VW jual lebih dari 500K kenderaan pada bulan Mei sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kumpulan VW jual lebih dari 500K kenderaan pada bulan Mei sahaja!
Kumpulan VW jual lebih dari 500K kenderaan pada bulan Mei sahaja!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahukah anda berapakah jualan kumpulan Volkswagen pada bulan Mei 2017?

Lebih setengah juta atau 513,500 kenderaan telah diserahkan kepada pelanggan di serata dunia. Angka tersebut meningkat 3.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Jualan global dari Januari hingga Mei 2017 pula ialah sebanyak 2,422,400 unit kenderaan. Menurun 0.4 peraus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pasaran terbesar kumpulan VW pula ialah di China yang mencatat jualan sebanyak 241,600 unit kenderaan pada bulan Mei 2017.

Ahli Lembaga Pengarah Jenama VW bahagian Jualan, Jürgen Stackmann berkata, "Mei adalah satu kejayaan buat jenama VW. Serahan kepada pelanggan di kesemua pasaran utama telah meningkat. Hasilnya ialah jumlah jualan dari Januari hingga Mei adalah pada aras yang sama tahun lepas. Kami telah berjaya melancarkan SUV Atlas (Tiguan Allspace) baharu di Amerika Syarikat. Beberapa lagi model baharu bakal dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang seterusnya mengekalkan momentum positif ini."

 

Kumpulan VW jual lebih dari 500K kenderaan pada bulan Mei sahaja!
VW Tiguan Allspace pasaran Eropah

 

Di bawah ialah trend dan fakta jualan Kumpulan VW pada bulan Mei:

  • 158,000 kenderaan diserahkan kepada pelanggan di Eropah. Jumlah itu meningkat 6.7 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas
  • Di Jerman, sebanyak 50,800 kenderaan dijual dengan enam peratus peningkatan berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Tiguan merupakan model VW paling popular di sana
  • Tiguan turut popular di Rusia. Malah negara itu mempunyai angka jualan yang tinggi di Eropah dan Timur Eropah
  • Di AS pula, 30,000 kenderaan diserahkan kepada pelanggan. VW Atlas baru sahaja dilancarkan pada bulan Mei dan sebanyak 1,600 unit telah diserahkan kepada pelanggan
  • China pula adalah pasaran terbesar buat VW. Sebanyak 241,600 kenderaan diserahkan kepada pelanggan. Jumlah itu meningkat empat peratus berbanding bulan sama tahun lepas. Varian Tiguan menerima permintaan tinggi pada jumlah 29,100 unit terjual, peningkatan sebanyak 61 peratus. 
  • VW Magotan atau Passat B8 juga laris iaitu sebanyak 18,800 unit, peningkatan sebanyak 44 peratus. VW Teramont (VW Atlas/Allspace) baru dilancarkan selama dua bulan dan pada Mei sebanyak 5,000 penghantaran dibuat kepada pelanggan

Berikut ialah carta jualan Kumpulan VW pada bulan Mei:

Penghantaran kepada pelanggan mengikut pasaran

Mei
2016

Mei
2017

Perbezaan
(%)

Jan - Mei
2016

Jan - Mei
2017

Perbezaan
(%)

Eropah

148,100

158,000

+6.7

727,700

726,000

-0.2

Eropah Barat

129,400

135,100

+4.4

640,400

623,100

-2.7

Jerman

48,000

50,800

+6.0

239,300

225,800

-5.6

Eropah Tengah dan Barat

18,700

22,900

+22.7

87,300

102,900

+18.0

Rusia

5,600

7,100

+27.9

27,400

32,300

+17.7

Amerika Utara

51,600

50,600

-1.9

229,800

229,300

-0.2

AS

28,800

30,000

+4.3

125,200

133,900

+6.9

Amerika Selatan

30,500

35,000

+14.7

150,800

166,500

+10.5

Brazil

20,300

21,600

+6.3

101,200

100,200

-1.0

Asia-Pasifik

247,700

254,700

+2.8

1,247,600

1,231,200

-1.3

China

232,400

241,600

+4.0

1,171,800

1,163,200

-0.7

Jualan Global

495,900

513,500

+3.5

2,432,200

2,422,400

-0.4

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…