Komuniti Taman Desa Kiara, Seremban kini dapat beribadah dan mengimarahkan surau Nurul Hidayah dengan lebih selesa apabila Kumpulan AlloyMtd menerusi anak syarikatnya, Associated Concrete Products (Malaysia) Sdn. Bhd., melaksanakan projek kemasyarakatan dengan memasang ‘paver blok’ bagi menggantikan kawasan berumput di surau berkenaan.
Surau tersebut yang terletak kira-kira tiga km daripada kilang syarikat di Seremban, dapat memuatkan sebanyak 120 orang jemaah, dan berfungsi sebagai dewan serbaguna kepada 300 orang komuniti tempatan sejak tahun 2002.
Dengan pemasangan ‘paver blok’ ini, kawasan awam surau tersebut kini lebih praktikal untuk kegunaan komuniti setempa