Berbanding kulit sintetik sebelum ini, bahan tersebut mempunyai 45 peratus kadar pelepasan CO2 yang lebih rendah.
Bahan seperti MirumTM 100 peratus berasaskan bio dan bebas petroleum dan mempunyai potensi bagi menyerupai sifat kulit tradisional.
Satu lagi bahan baharu ialah DeserttexTM yang diperbuat daripada pokok kaktus!
Penggunaan bahan-bahan tersebut boleh menggantikan bahan bersumberkan haiwan dan seterusnya mengurangkan pelepasan CO2.
Pengurangan pelepasan CO2 untuk kesemua kitaran produk kenderaan sudah menjadi matlamat utama Kumpulan BMW.
Buat masa sekarang, sekitar 80 peratus pelepasan adalah gas metana dari penternakan lembu. Baki 20 peratus lagi dari pemprosesan kulit yang menggunakan banyak tenaga dan air.
Pemilihan bahan memainkan peranan penting dan menggantikan bahan bersumberkan haiwan dapat meningkatkan kelestarian secara signifikan dalam pengeluaran kenderaan.
Satu yang menarik, penggunaan bahan baharu untuk stereng membolehkan nisbah komponen kenderaan yang mengandungi bahan dari haiwan jatuh kepada kurang satu peratus di dalam kenderaan BMW dan MINI.
Bahan tersebut hanya akan digunakan di bahagian yang terlindung daripada pelanggan seperti lanolin di dalam cat, gelatin di dalam lapisan perlindungan dan sebagainya.
Selain itu, Kumpulan BMW juga sejak dahulu lagi menawarkan pelbagai pilihan fabrik sebagai alternatif kepada kulit.
Kini buat kali pertama, BMW dapat menawarkan bahan gantian daripada vegan untuk stereng yang merupakan komponen interaksi penting di antara pemandu dan kereta.
Balutan stereng mestilah bagus kerana ianya digunakan secara aktif selain perlu menarik, tahan guna dan lasak!
Satu lagi yang menarik ialah alas kaki pada pelbagai model diperbuat daripada satu bahan sahaja tanpa campuran lain dan sukar untuk dikitar semula.
Sekitar 23,000 tan CO2 dikurangkan dan 1,600 tan buangan dijimatkan Kumpulan BMW setiap tahun apabila alas kaki yang dikitar semula dan bahan buangan diguna kembali di dalam proses pengeluaran.
Penulis: Muhammad Md Tajudin