Kriteria baharu Asean NCAP tumpu keselamatan pengguna motosikal - pertama di dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kriteria baharu Asean NCAP tumpu keselamatan pengguna motosikal - pertama di dunia

Asean NCAP, organisasi NGO yang bermukim di Malaysia berkata kriteria terbaharu dalam ujian mereka lebih menumpukan usaha untuk mengurangkan kemalangan maut di kalangan pengguna motosikal.

Menurut Professor Dr Wong Shaw Voon (gambar di bawah), Pengerusi Asean NCAP, kenderaan yang mempunyai sistem Blind Spot Technologies akan diberikan 2 mata ganjaran maksimum.

Blind Spot MIROS 7

 

Ini membantu mereka untuk mendapat mata penuh dan seterusnya anugerah 5-bintang jika mata pencapaian mencukupi.

Dr Wong menerangkan bahawa fungsi alat  dengan Blind Spot Technologies (BST) ialah untuk mengesan kewujudan kenderaan di kiri dan kanan kenderaan.

"Kami tahu alat ini sudah wujud lama di dalam pasaran global tetapi Malaysia adalah negara pertama yang mempunyai syarat NCAP bagi memastikan BST itu boleh mengesan kehadiran motosikal," ujar beliau.

Menurut Dr Khairil Anwar Abu Kassim, Setiausaha Agung Asean NCAP, ujian BST mengikut protokol standard ISO tetapi dengan satu perbezaan ketara.

"Di Eropah, motosikal besar digunakan untuk ujian BST tetapi di negara-negara Asean, Asean NCAP menggunakan motosikal yang lebih kecil," terang Dr Khairil.

 

Blind Spot MIROS 2

Motosikal yang digunakan ialah skuter dari jenis Honda Icon yang dijual secara meluas di negara Asean termasuk Malaysia.

"Ini memang menyukarkan lagi sistem tersebut tetapi jika syarikat kenderaan hendak mendapat mata penuh di negara Asean, mereka perlu memikirkan keselamatan pengguna di jalanraya negara-negara Asean," sambung beliau dengan tegas.

"Sistem BST yang diterima pakai oleh Asean NCAP terbahagi kepada dua - detection dan non-detection. Dalam detection, sistem komputer yang akan mengesan sendiri kehadiran kenderaan lain di kiri dan kanan kenderaan."

 

Blind Spot MIROS 4

 

"Untuk non-detection pula, ia mengandungi fungsi kamera dan pemandu yang akan dapat melihat dan mengesan kehadiran kenderaan di sisinya," sambung Dr Khairil.

Ujian BST dilakukan di makmal Asean NCAP di JARI, Jepun dan juga boleh dilakukan di makmal ujian perlanggaran milik MIROS di Melaka.

Ujian dilakukan dengan simulasi skuter Honda Icon bergerak ke arah kenderaan dalam kelajuan 70 kmsj.

Kemalangan maut akibat motosikal di Malaysia meningkat melebihi paras 63 peratus sejak tahun 2016, satu peringkat yang sangat membahayakan dan akan meletakkan Malaysia di kalangan negara maju tetapi dengan kadar kemalangan seperti negara-negara dunia ketiga.

Asean NCAP mempunyai objektif untuk mengurangkan jumlah kemalangan maut di antara pengguna motosikal dan ini adalah cara terkini yang digunapakai oleh mereka.

Careta juga diberitahu bahawa motosikal dengan sistem brek ABS juga akan diwajibkan dalam masa hadapan, dan sekarang ini pihak MIROS sedang mengkaji efek ke atas harga motosikal tersebut.

Blind Spot MIROS 8

 

Honda CR-V yang dianugerahkan dengan 5-Bintang Asean NCAP turut datang dengan pakej Honda Sensing dan antaranya ialah sistem BST dengan kamera, iaitu satu sistem non-detection.

CR-V yang diuji itu ialah dari spesifikasi Thailand dengan tiga barisan tempat duduk kerana ketika ujian, Honda Malaysia masih belum melancarkan model CR-V 2017 itu.

"Laporan dari Honda membuktikan keselamatan tempat duduk, baik tiga baris atau dua baris seperti di Malaysia adalah sama kerana kesemuanya mempunyai kelulusan piawaian Eropah," terang Dr Khairil.

 

Blind Spot MIROS 9

 

MIROS dan Asean NCAP bekerja keras untuk memastikan kadar kemalangan motosikal menurun.

Sayangnya, pada pandangan Malaysia, keselamatan jalanraya perlu diterapkan lagi di peringkat sekolah.

Namun begitu, sekarang ini ibubapa dengan mudah membenarkan anak-anak yang tidak mempunyai lesen menunggang untuk membawa motosikal ke sekolah.

Malah ada yang terus membelikan motosikal untuk anak-anak mereka dengan niat untuk memudahkan pergerakan anak-anak walaupun sebenarnya mereka malas untuk tahu bagaimana anak-anak hendak ke sekolah.

Ada sebab saintifik kenapa mereka di bawah umur 16 tahun tidak dibenarkan untuk menunggang lagi - kadar sensitivit dan juga tindak balas refleks mereka masih kurang matang dan begitu juga dengan kebolehan menganggar kelajuan objek di hadapan masih belum mencukupi.

Untuk pelumba-pelumba muda di bawah umur itu, mereka dilatih dari awal di litar-litar. Ini sangat berlainan dari berlatih di jalanraya awam.

Pihak kerajaan sepatutnya lebih serius dalam hal ini dengan cara menghalang pekajar-pelajar tanpa lesen dari menunggang motosikal ke sekolah, walaupun motosikal di parkir di luar pagar sekolah.

Pihak polis juga kurang berupaya untuk melihat masalah ini kerana kekurangan tenaga yang lebih banyak difokuskan kepada kes kes lebih serius seperti memandu dengan menggunakan henfon atau memandu di atas had laju kebangsaan di jalan-jalan lurus dan kurang trafik.

Careta sangat memandang serius akan masalah ini kerana jika tidak dididik dari kecil, maka pelajar-pelajar ini akan menjadi seorang yang langsung tidak mengendahkan apa jenis undang-undang.

Adakah anda pernah melanggar lampu merah dalam tempoh seminggu ini? 

Fikirkan.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…