KP Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Touch ’n Go terima anugerah antarabangsa

oleh HEZERI SAMSURI|
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ismail Md Salleh telah menerima anugerah World Congress Hall of Fame Lifetime Achievement di Intelligent Transportation System World Congress 2017 yang berlangsung di Montreal, Kanada.

Anugerah itu mengiktiraf pencapaian piawaian tertinggi dari benua Amerika, Eropah dan kawasan Asia Pasifik dalam komuniti pengangkutan berteknologi tinggi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman web kongres tersebut, individu dari setiap kategori dipilih setiap tahun berdasarkan kualiti kepimpinan dan prestasi pengangkutan.

Datuk Ismail mempunyai ijazah Sarjana Sains dalan Kejuruteraan Lebuhraya dari US dan diploma lanjutan Kejuruteraan Awam dari UTM.

ITS

Touch ’n Go pula memenangi anugerah industri dan dikenali sebagai pemain nombor satu sistem bayaran mikro di Malaysia. Ia menyediakan mod pembayaran pintar dan pantas untuk pelbagai perkhidmatan seperti pembayaran tol, parkir dan sebagainya (mungkin juri ITS tidak pernah menggunakan laluan Smart Tag).

ITS World Congress 2017 itu berlangsung dari 29 Oktober hingga 2 November.

*Berita asal dari New Straits Times

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…
Berita Domestik
Ia juga diiktiraf sebagai salah satu daripada 25 Majikan Siswazah Paling Diutamakan Secara…
Berita Domestik
Daripada 121 buah kereta baharu yang telah dinilai pada tahun ini, para juri sepakat memilih Honda…