Korea Selatan larang 20,000 unit BMW selepas kes enjin terbakar

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Pengangkutan Korea Selatan melarang lebih kurang 20,000 buah kenderaan BMW dari digunakan di atas jalanraya awam selepas ramai runsing mengenai kemungkinan enjin kereta itu akan terbakar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan agensi berita Reuters berkata tindakan drastik itu diambil selepas 27 kes enjin kenderaan jenama itu terbakar antara bulan Januari sehingga Julai.

BMW Korea membuat pengumuman maaf kepada pengguna di negara itu minggu lalu dan memanggil semula 106,000 buah unit kenderaan diesel jenama tersebut, termasuk model 520d.

Menteri Pengangkutan negara itu, Kim Hyun-mee memberitahu para media bahawa kesemua pemilik BMW yang terbabit dengan panggil semula untuk menurut nasihat syarikat itu untuk mengelakkan kemalangan.

Mereka yang memiliki BMW yang terbabit boleh memandu kenderaan mereka ke pusat servis BMW untuk diperiksa dan larangan itu dilakukan untuk mempercepatkan urusan pemeriksaan.

BMW mengatakan masalah enjin terbakar itu berpunca dari masalah pada sistem kitaran gas ekzos (exhaust gas recirculation system) manakala kerajaan Korea Selatan akan mengadakan pemeriksaan mereka sendiri dan akan mengambil tindakan undang-undang jika perlu.

Arahan larangan akan berkuat-kuasa sebaik sahaja pemilik-pemilik kenderaan terbabit menerima surat notis seawal 15 Ogos.

Pasaran Korea Selatan ialah yang ke-11 terbesar di dunia dan ia didominasi oleh jenama tempatan seperti Hyundai dan Kia.

Tahun lalu, BMW menjual sebanyak 59,624 unit kenderaan di negara itu tahun lepas, dua kali ganda dari lima tahun lalu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…