Konvoi terbesar Yamaha ke MotoGP 2017

oleh SALINA JALIL|
yahama group photo
Bersempena dengan Motosikal Shell Malaysia Grand Prix (MotoGP) 2017 hujung minggu lepas, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd ("HLYM") telah menganjurkan Yamaha Bikerz Moto GP Conviding Riding 2017. Perjalanan itu dirasmikan oleh Dato' Jim Khor, Pengarah Urusan HLYM serta Pengurus Besar Jualan, Koh Eng Chan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ini adalah perarakan konvoi terbesar dari Yamaha Motorcycles di Malaysia dengan hampir 1150 penunggang motosikal dari seluruh Semenanjung Malaysia telah berkumpul pada garisan permulaan di TSI Sports Arena, Cyberjaya.

 

Yamaha 1

 

Keghairahan dari penunggang terserlah apabila mereka sanggup hadir seawal jam 6.30 pagi lagi.  Para penunggang Yamaha yang bersemangat telah memakai logo pakaian Yamaha Racing biru.

 

Yamaha 1
yamaha 2
yamaha 3
yamaha 4

Perhimpunan ini merupakan salah satu perhimpunan dari model model campuran terbesar dalam sejarah HLYM, yang terdiri daripada model automatik, moped dan street

Kumpulan terbesar berasal dari Lembah Klang dengan jumlah 368 penunggang, diikuti oleh 211 dari Utara dan sejumlah 307 dari Selatan dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

 

yamaha 5

 

Selama dua dekad yang lalu, HLYM berbesar hati kerana berjaya mengatur acara konvoi untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia. Aktiviti ini diteruskan sejak dahulu kerana ia dapat memberi peluang kepada kesemua para penunggang jentera Yamaha untuk beramah mesra dengan kenalan baru, serta merasai keseronokan menonton perlumbaan motosikal dan menyertai acara konvoi yang selamat.

 

group 1

 

Bagi menyokong acara ini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan kumpulan menunggang "Marshalls" turut hadir untuk memastikan keselamatan penunggang. Kesemua peserta diberikan tiket Grand Stand, baucar makanan dan tshirt biru Yamaha Racing yang disediakan khas untuk kumpulan konvoi tersebut.

 

yamaha 7