Program tersebut disertai 50 orang termasuklah keluarga ahli yang terdiri daripada daripada Negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis malah turut disertai ahli daripada negeri Selangor dan Kelantan.
Menurut penyelaras GAW Wilayah Utara, Puan Zuer’’aini Binti Isa berkata, program ini julung-julung kali diadakan oleh GAW Utara dan bercadang untuk mengadakan program seumpama ini sebagai program tahunan setiap kali hari Merdeka.
Antara aktiviti yang di adakan adalah aktiviti Konvoi ke Pantai Merdeka, sukaneka dan sesi suaikenal antara ahli dalam sepanjang program.
Program ini juga dapat memupuk semangat setiakawan, serta mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli-ahli club alza yang lain dan juga boleh berkongsi pendapat bersama ahli Geng Alza White dan White Myvi Legacy Utara dikalangan semua ahli.