Konvoi Petronas, Yamaha ke MotoGP Malaysia meriah!

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia dan Hong Leong Yamaha baru-baru ini telah menganjurkan konvoi beramai-ramai ke MotoGP Malaysia melibatkan lebih daripada 1,000 orang penunggang motosikal dari Cyberjaya ke Sepang.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Konvoi tersebut berlepas dari TSI Arena di Cyberjaya dengan perlepasan dibuat oleh Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed Tahir, Naib Presiden Perniagaan Hiliran PETRONAS; Dato' Jim Khor, Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha serta Ketua PETRONAS Lubricant International Asia Pasifik, Mohd Khalid Mohamed Latiff. 

Menurut Dato' Sri Syed Zainal Abidin berkata, "Ia suatu perkembangan yang menarik untuk melihat sokongan yang padu daripada para penunggang motosikal terhadap acara permotoran terbesar di dalam negara."

"Kami juga mengharapkan maklumbalas daripada para penunggang motosikal dalam usaha untuk membangunkan teknologi pelinciran daripada litar lumba untuk digunakan pada motosikal kegunaan seharian," tambah beliau. 


Di Litar Sepang, PETRONAS Experience menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik kepada lebih 10,000 pengunjung, termasuklah berpeluang untuk mengalami sendiri pengalaman 5D MotoGP, cabaran PETRONAS Sprinta UltraFlex, selain penawaran pelbagai barangan PETRONAS dan hadiah premium. 


PETRONAS Experience juga turut menampilkan acara ramah mesra bersama para pelumba daripada pasukan PETRONAS Sprinta Racing Moto2 dan Moto3. 
 


Baru-baru ini, seperti mana yang telah diumumkan, PETRONAS, Yamaha dan Litar Sepang telah membentuk pasukan MotoGP baharu dengan gandingan pelumba Franco Morbidelli dan Fabio Quatararo, sekaligus menandakan PETRONAS sebagai sebuah syarikat minyak pertama di dunia untuk menaja kesemua kelas di dalam Kejuaraan MotoGP Sedunia. 
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pelumba berusia 17 tahun kelahiran Kuala Terengganu itu yang bertarung sengit dalam kelompok tiga…
Sukan Bermotor
  Berikut merupakan perubahan peraturan teknikal MotoGP 2027;   Enjin bagi kelas MotoGP akan…
Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…