Konvoi motosikal Awie redah hujan demi Palestin

oleh Hamimah Hamid|
PRIHATIN dengan nasib rakyat Palestin, 300 peserta motosikal berkuasa tinggi yang diketuai legenda rock tanah air, Datuk Awie berkonvoi dalam acara Solidarity Ride Wings Motor Gang Society.

Walaupun hujan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh ia tidak mematahkan semangat mereka demi menyatakan solidariti terhadap Palestin yang tertindas ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Datuk Awie atau pemilik nama penuh, Ahmad Azhar Othman berkata, idea untuk mengadakan program berkenaan tercetus bagi bersama-sama rakyat Palestin menyokong pembebasan tanah air mereka.

 

"Di sana hujan peluru hujan bom yang dilalui mereka, jadi apa sangat lah jika nak dibandingkan dengan kita di sini yang hanya ditimpa hujan.

 

"Allah bagi dugaan hujan tu tu sikit je kat kita, kalau ini pun menjadi masalah kepada mereka-mereka di luar sana yang tak nak datang di sini, duduk di mana mereka sepatutnya kan," katanya.

 

Menurut Datuk Awie, biarpun berdepan cuaca hujan dan insiden kemalangan membabitkan dua orang peserta konvoi, ia langsung tidak menggugat semangat kesemua peserta meneruskan perjalanan ke masjid negeri Perak.

 

Konvoi diketuai Kelab Wings Motor Gang Society (WMGS) Asean bersama 11 lagi kelab motosikal berkuasa tinggi itu tiba di Masjid Negeri Perak di Ipoh kira-kira jam 7.30 malam.

 

Selain solat Maghrib dan Isya, program turut diselitkan dengan solat hajat dan ceramah berkaitan Palestin.

 

Sementara itu, Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang bentuk program solidariti untuk palestin seperti itu dan menggalakkan lebih banyak aktiviti seumpamanya dilaksanakan.

 

Katanya, penglibatan pelbagai pihak seperti ini amat penting untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya membela nasib rakyat Palestin.