Konvoi Honda Asian Journey bakal berlangsung Oktober ini

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Baru-baru ini Honda telah mengumumkan bahawa Kumpulan Syarikat Honda di Asia dan Oceania akan menganjurkan “Honda Asian Journey 2017”, konvoi motosiakl berkuasa tinggi yang akan menunggang di Semenanjung Malaysia selama empat hari, dari 26 Oktober hingga 29 Oktober 2017, ke MotoGP 2017 Malaysia.

 

Acara ini diadakan buat kali pertama pada tahun 2016 dan mencapai kejayaan yang besar dengan 50 peserta dari empat negara iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Pada tahun ini, perjalanaan ini mengabungkan enam buah Negara, termasuk peserta dari Filipina dan India yang juga turut serta.

 

Seperti tahun lepas, peserta Honda Asian Journey berpeluang untuk menunggang pelbagai motosikal Honda sambil menikmati pemandangan Malaysia sepanjang empat hari ini. Laluan baru tahun ini pastinya lebih menyeronokkan dan mencabar, termasuk lebuh raya di Kuala Lumpur, Melaka, dan jalan berliku pergi-dan-balik ke Genting Highland, pusat peraginan tanah tinggi ini berada pada ketinggian 1700 meter dari paras laut.

 

Honda bercadang untuk menyediakan pelbagai motosikal berkuasa tinggi seperti CB500, CBR100RR, Africa Twin dan Goldwing, supaya peserta-peserta tersebut dapat merasai perbezaan dari segi prestasi dan ciri-ciri model-model itu disepanjang 600KM perjalanan ini. Konvoi ini akan berakhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 Oktober, di mana semua peserta akan menyertai pelanggan Honda yang lain untuk menyokong Penunggang GP Honda di pusingan MotoGP Malaysia.

 

Jadual perjalanan Honda Asian Journey 2017 adalah seperti di bawah (tertakluk kepada perubahan):

Oktober 26 Ketibaan dan transit ke Melaka dari Kuala Lumpur

Oktober 27 Menunggang dari Melaka ke Bukit Tinggi

Oktober 28 Menunggang dari Bukit Tinggi ke Genting Highland

Oktober 29 Menunggang dari Genting Highlands ke Litar Antarabangsa Sepang

Kumpulan syarikat Honda yang terlibat dalam perancangan Honda Asian Journey 2017:

  • Asian Honda Motor Co., Ltd, ibu pejabat serantau Honda Asia dan Oceania
  • A.P. Honda Co., Ltd. (Thailand)
  • Boon Siew Honda Sdn Bhd (Malaysia)
  • PT Astra Honda Motor (Indonesia)
  • Honda Vietnam Co., Ltd. (Vietnam)
  • Honda Philippines Inc. (Filipina)
  • Honda Motorcycle and Scooter India Pvt., Ltd. (India)

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…