Kontrak ditamatkan adalah keputusan perniagaan Caltex

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Chevron Malaysia Limited atau Caltex membuat kenyataan berkenaan kisah operator stesennya yang diberikan notis tamat kontrak secara tiba-tiba.

Menurut Chevron, notis tamat kontrak tersebut diberikan atas dasar komersil dan Chevron berhak untuk menamatkan kontrak setiap pengusaha stesennya pada bila-bila masa.

Proses tamat kontrak tersebut dilakukan menurut perjanjian yang termaktub di dalam kontrak Chevron dengan pengusaha.

Reaksi Chevron ini ialah selepas viral kisah 15 operator stesen Caltex yang telah ditamatkan kontrek mereka pada 30 Jun ini.

Kesemua stesen tersebut mendakwa mereka tidak tahu hujung pangkal kenapa mereka ditamatkan kontrak dan lebih kurang 200 pekerja akan kehilangan punca pendapatan.

Menurut Chevron, pihak syarikat mencari pengusaha yang mampu memberikan kerjasama dan menyokong nilai-nilai Chevron.

Chevron juga mahu meneruskan pertalian yang baik dengan pengusaha stesen mereka untuk menangani cabaran yang ada dalam perniagaan.

"Malangnya, ia bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan dengan beberapa orang pengusaha kami, walaupun kami mencuba untuk menyelesaikan dengan sebaik mungkin."

"Chevron Malaysia ingin mengumumkan bahawa perniagaan mereka berjalan seperti biasa di semua stesen Caltex."

Bulan lalu, pengerusi negara Chevron Malaysia, Shahid Ahmed berkata pihaknya bercadang untuk membuka lapan lagi stesen Caltex yang baharu di Semenanjung Malaysia.

Shahid berkata lapan stesen baharu dibuka tahun lalu.

Buat masa sekarang, Chevron mempunyai 420 stesen Caltex di Semenanjung Malaysia dan 90 peratus darinya diuruskan oleh operator individu.

Chevron mengimport bahan api dan pelincir dari Singapura dan ia mempunyai tiga terminal minyak di Malaysia - Pulau Indah, Prai dan satu terminal usahasama di Pasir Gudang.

*Berita dipetik dari FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Caltex sasarkan untuk membuka 15 bengkel Havoline bikePro menjelang akhir 2023 bagi memberikan…
Berita Domestik
Kempen tersebut menawarkan barangan eksklusif edisi terhad Street Borne seperti backpack,…
Berita Domestik
  Shahid Ahmed, Pengerusi Chevron Malaysia berkata, "kami di Caltex® sentiasa mencari cara untuk…