Komponen MotoGP dicuri ditemui

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis telah membuat tangkapan dan rampasan berkaitan kes kecurian komponen dan aksesori motosikal pasukan MotoGP yang hilang sewaktu perlumbaan Grand Prix Malaysia di Sepang bulan lalu.

Menurut laporan Berita Harian, polis telah membuat rampasan melalui beberapa siri serbuan di sekitar Sepang dan Bangi baru-baru ini, antara 3 November hingga 12 Disember.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Polis menahan enam lelaki warga Malaysia berusia dalam lingkungan 23 tahun dan merampas sejumlah barangan dan aksesori motosikal.

Antara yang dirampas ialah empat beg pelbagai jenama, 26 unit brek pelbagai jenis, tujuh unit spanar, tiga batang penyerap hentak, dua handle grip, dua set pemanas tayar, dua helai jaket berjenama, 14 unit skru dan enam botol minyak brek.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata siasatan awal mendapati seorang dari suspek itu mempunyai bengkel motosikal dan difahamkan menjual barangan curi terbabit kepada peminat motosikal untuk diubah suai.


 

 

Beliau juga menambah komponen dan aksesori itu dijual dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran. Angkup brek contohnya dijual dengan harga RM600 berbanding harga pasaran setinggi RM1,000.

Polis juga difahamkan ada antara barang curi itu sudah digunakan pada motosikal suspek.

Dua dari enam saspek didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau seperti mencuri motosikal. Antara suspek yang ditahan juga ialah pekerj sambilan semasa MotoGP dan mempunyai pas masuk ke kawasan litar Sepang.

Kejadian pada 1 November lalu membabitkan enam pasukan yang kehilangan pelbagai komponen jentera Moto2 dan Moto3.

Laporan awal mensyaki ada sindiket antarabangsa yang terbabit kerana komponen yang dicuri adalah spesifik untuk satu bahagian.

Ternyata sindiket ini adalah buatan Malaysia dan terdiri dari anak-anak watan yang mempunyai kegemaran hashtag hobikamimahal.

* Laporan asal dan gambar dari BH Online

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pelumba berusia 17 tahun kelahiran Kuala Terengganu itu yang bertarung sengit dalam kelompok tiga…
Sukan Bermotor
  Berikut merupakan perubahan peraturan teknikal MotoGP 2027;   Enjin bagi kelas MotoGP akan…
Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…