Kesalahan tidak membayar kompaun parkir tidak boleh disenerai-hitamkan kerana ia tidak termasuk dalam kesalahan trafik.
Kesalahan trafik ialah seperti meletakkan kenderaan di tempat bas berhenti atau di pili bomba, memandu atau menunggang di atas laluan pejalan kaki, parkir di kawasan garisan kuning atau di petak parkir OKU dan sebagainya.
Menurut laporan The Sun, kesalahan tidak membayar tiket parkir di petak parkir yang disediakan oleh PBT adalah kesalahan di bawah PBT sahaja dan bukan di bawah tanggungjawab JPJ.
Majlis Perbandaran sepatutnya boleh mengheret mereka yang tidak membayar kompaun parkir ke mahkamah tetapi tidak boleh meminta JPJ untuk menyenarai-hitamkan lesen memandu mereka.
Ini adalah berikutan pertanyaan pembaca Careta berkaitan berita DBKL mengumumkan pesalah trafik yang tidak membayar kompaun akan disenarai-hitamkan.
DBKL berkata empat juta saman kesalahan trafik dikeluarkan oleh mereka sehingga Ogos tahun ini, melibatkan nilai hampir kepada RM1 billion.
* Gambar utama dari YouTube