Koleksi Daihatsu Copen bersempena Festival Hari Terbuka Daihatsu 2018 di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Pada 14 Mei 2018 bertempat di Daihatsu Plant 2, Shiga, Jepun, pemilik-pemilik kereta cilik Daihatsu Copen telah berkumpul bersempena Festival Hari Terbuka Daihatsu 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak lebih 100 buah model Copen daripada generasi pertama dan kedua dicatatkan menghadiri perjumpaan ini termasuklah model Xplay, Robe dan Cero. 
 


Selain itu, turut dipamerkan model-model custom termasuklah model Copen Xplay Crossover yang turut dilengkapi pelbagai aksesori offroad seperti bull bar dan winch. 

Melengkapi hari terbuka tersebut ialah acara jualan serta lelongan pelbagai barangan aksesori Copen. 

Saksikan galeri di bawah bagi merasai kemeriahan perjumpaan pemilik Daihatsu Copen walaupun terpaksa menempuh cuaca hujan sepanjang festival tersebut. 
 

Terima kasih kepada Han Nuar daripada DMC, Shiga, Jepun atas perkongsian yang menarik ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Daihatsu bercadang untuk menambah jumlah ujian pensijilan kualiti kepada pekerja-pekerjanya…