Kolaborasi Waze dan Petron dijangka bantu elak terperangkap dalam trafik sesak?

oleh Afandi Che Muhamad|
Kenderaan anda hampir kehabisan minyak, mahu ke tandas atau dikelilingi kanak-kanak yang menjerit di dalam kereta ketika anda menghadapi kesesakan lalu lintas?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Careta pasti kita semua pernah melalui situasi-situasi tersebut.

Alangkah baiknya jika kita dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas buat sementara waktu bukan?

Mengambil kira faktor tersebut, Waze dan Petron kini tampil dengan satu solusi bagi membantu pengguna jalan raya mengelakkan diri mereka daripada terperangkap dalam kesesakan dengan fungsi Jenama Kegemaran.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk singgah ke stesen minyak Petron terdekat kerana selain dapat mengisi minyak kenderaan, mereka juga berpeluang berehat sebentar. 
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya (Waze dan Petron) menawarkan lebih banyak kandungan berguna kepada para pengguna.

Pengurus Waze Malaysia, Edward Ling berkata, Waze kini bekerjasama dengan Petron bagi membantu penguna mencari jalan singkat untuk ke stesen minyak Petron menerusi aplikasi tersebut.

"Pengguna dapat melihat tawaran produk terkini Petron supaya mereka tidak terlepas kempen, promosi dan juga ganjaran. 

“Kita sangat gembira kerana dapat memberi pengguna lebih banyak kemudahan bagi perjalanan harian mereka. Kerjasama ini membolehkan mereka mencari stesen minyak Petron yang berdekatan dalam hanya beberapa saat,” ujarnya.

Berikut disertakan panduan menggunakan fungsi Jenama Kegemaran menerusi aplikasi Waze:

Langkah Pertama

Langkah Kedua

Langkah Ketiga

Langkah Keempat

Mudah bukan?

Dalam perkembangan sama, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali memberitahu, pengguna boleh mengenal pasti jenama kegemaran mereka sebagai contoh; Petron secara terus daripada aplikasi Waze.

"Petron merupakan syarikat Malaysia pertama yang menggunakan fungsi Jenama Kegemaran bagi memudahkan para pengguna memilih ‘Petron’ sebagai jenama kegemaran mereka.

"Para pengguna hanya perlu mencari stesen minyak yang berdekatan, ketik ke dalam halaman lokasinya, dan seterusnya ketik pada ikon berbentuk hati di pusat halaman tersebut," tutur Faridah. 

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Waze sekarang dan cuba sendiri fungsi ini.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh dengan melayari laman web www.waze.com.my atau www.petron.com.my.
 

Berita Berkenaan

Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo, remaja itu dikatakan sesat kerana mengikut aplikasi peta Waze untuk pulang…