Kode61 Birdcage - roadster binaan khas oleh bekas pereka Ferrari Enzo

oleh Mohamad Hanif|
Ken Okuyama merupakan seorang pereka terkemuka dari Jepun, dan hasil kerja beliau turut merangkumi model-model seperti Honda NSX generasi pertama, Ferrari Enzo, Maserati Quattroporte V, serta beberapa model keretapi dan shinkansen JR East.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau juga turut mempunyai beberapa projek tersendiri yang diberikan nama khusus Kode, di mana setiap satu model tersebut dihasilkan dalam unit yang sangat terhad.
 

Kode61


Bertempat di acara berprestij Concorso d’Eleganza Villa d’Este, Ken Okuyama memperlihatkan hasil tangan terbaharu beliau yang dinamakan sebagai Kode61 Birdcage.

Kode61 Birdcage merupakan sebuah supercar tanpa bumbung yang diinspirasikan daripada model klasik Maserati Tipo 61, serta model konsep Maserati Birdcage 75th yang muncul pada tahun 2005.
 

kode


Selain daripada ruang kabin yang terdedah sepenuhnya, supercar ini juga mempunyai ciri fender yang membonjol, rekaan bahagian depan dan belakang yang tajam, diikuti dengan unit pencahayaan yang nipis dan minimalis.

Set roda aloi pula menyamai apa yang pernah dipasang pada supercar Maserati MC20.

Untuk ruang kabin, Kode61 Birdcage ini didatangkan dengan papan pemuka rekaan retro, tuil gear manual, kluster instrumen jenis analog, dan sebuah skrin tambahan yang khusus untuk penumpang.
 

Kode71


Spesifikasi teknikal juga tidak didedahkan buat masa ini, namun kemunculan sistem ekzos dan bukaan kemasukan yang besar mencadangkan Kode61 ini bakal dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman.

Berita menarik, Ken Okuyama Design akan menghasilkan roadster Kode61 Birdcage ini di kilang Yamagata, Jepun dalam unit yang terhad, sudah pasti dengan tag harga yang jauh diluar kemampuan golongan B40 dan M40.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dikendalikan oleh divisyen Lamborghini Polo Storico, pembinaan semula model supercar bersegi ini…