Kleen Diesel - lebih jimat, lebih mesra alam

oleh Mohamad Hanif|
Setelah menjalankan penyelidikan dan pembangunan selama hampir 8 tahun, syarikat tempatan MN Fuel Solutions Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan produk terbaharu mereka dibawah jenama Kleen Diesel.

Dengan misi untuk menjadikan alam sekitar yang lebih selamat, Kleen Diesel ini direka supaya lebih mesra alam dan kurang perlepasan emisi sehingga 88% berbanding produk sedia ada. Produk baru ini telah diperakui mencapai Standard Eropah bagi produk Diesel Emulsi (Emulsified Diesel).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menerusi jenama Kleen Diesel, Pihak MN Fuel Solutions mempunyai dua produk diesel emulsi untuk pasaran tempatan, iaitu W10 dan W20. Produk W10 telah pun dikomersialkan pada tahun 2017 yang dikhususkan untuk kegunaan kenderaan. Manakala produk W20 merupakan hasil R&D terbaharu yang direka untuk kerja-kerja semburan kabus (fogging). 

Menurut Pengarah Urusan MN Fuel Solutions, Marizan Nor menjelaskan bahawa pemilik kenderaan tidak perlu melakukan sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan mereka bagi menggunakan produk Kleen Diesel. 

Tambah beliau, dengan menggunakan Kleen Diesel, pengguna dapat menjimatkan kos operasi disebabkan tanda harga yang lebih murah daripada pasaran, di samping dapat menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih. 

Pihak MN Fuel Solutions juga aktif bekerjasama dengan beberapa pejabat kesihatan daerah di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur bagi menjalankan aktiviti semburan bagi mengawal penularan kes demam denggi di samping menguji keberkesanan produk mereka untuk tujuan itu.

Produk Kleen Diesel boleh didapati menerusi laman web e-komersial Lazada. Setiap pembelian pakej 4 liter Kleen Diesel didatangkan dengan jaminan waranti selama 14 hari. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…
Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu, projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan…