Seorang gadis perempuan memuat-naik kisah ayahnya yang membawa beliau untuk pergi menghadiri temuduga mengalami masalah kerana motosikal kehabisan bahan api di sekitar Bukit Jalil.
Beliau dan ayahnya mengambil keputusan untuk menolak Modenas Kriss itu perlahan-lahan sehingga berjumpa dengan stesen minyak.
Seorang lelaki Cina yang terlihat mereka berdua bertanya apa yang berlaku dan terus menawarkan bantuan untuk pergi membeli bahan api untuk motosikal itu.
Selepas 10 minit, lelaki itu kembali dengan sebotol petrol dan menolak bila dihulurkan wang.
"Tak payah, saya tolong you ini hari, nanti orang tolong saya punya," ujar lelaki Cina itu.
Berbuat budi sememangnya akan dijanjikan ganjaran, dan alangkah baiknya jika kita semua percaya akan perkara itu dan melakukannya juga.
"Kita buat baik dkt org, bila kita susah mesti ada org tolong kita balik" - abah.
— Nebulaaa ? (@belldybala_) June 27, 2019
Abah mmg menjenkelkan. TAPI he did everything for his children. Hrini abah bwk aku pegi interview kerja. Tetibe... pic.twitter.com/c8i3rUdeeK