Kisah dua Evo 9 Wagon dari Johor

oleh HEZERI SAMSURI|
Mitsubishi Lancer Evolution tidak perlu sebarang penerangan. Malah anak kecil sendiri tahu ia adalah sebuah kenderaan istimewa, dan dengan hubungkait Mitsubishi dan Proton, rakyat Malaysia terasa lebih "rapat" dengan model Evolution.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun begitu, 99 peratus Evo yang hadir di bumi Malaya ini ialah dalam bentuk sedan. Untuk Lancer Evolution 9, juga hadir dalam bentuk station wagon dan di sini ialah kisah dua sahabat dari Johor yang memiliki dua Evo 9 Wagon yang memang membuatkan ramai terliur.

Shah Adam dari Shah Adam Photography turun ke Johor untuk mengenali lebih lanjut akan kedua kembar tak seiras ini.

 

 

Si hitam dari Taman Daya

Dimiliki oleh Rafizal Ahmad, atau Ejal, Evo 9 Wagon CT9W tahun 2005 milik beliau ini memang nampak ganas.

Dengan sticker GReddy di sisi, dan rim aloi SSR Type C bersaiz 18-inci dan sistem gantungan Tien Flex yang merendahkan lagi jarak lega bumi, wagon milik Ejal nyata bukan calang-calang.

 

 

Walaupun dari segi teknikal, running gear atau enjin dan transmisi lebih kepada modifikasi standard, Evo 9 Wagon Ejal tetap nampak gah kerana ia ditambah dengan aksesori-aksesori yang perlu sahaja.

Terdahulu, Ejal bermula dari Proton Waja, dan kemudiannya naik ke Perdana V6, Honda Stream RST, Mitsubishi Evo 8 dan akhirnya kepada wagon agresif ini.

 

 

Di bawah ialah senarai modifikasi yang ditulis sendiri oleh Ejal.

  • Model:MITSUBISHI LANCER EVOLUTION 9 WAGON CT9W TAHUN 2005
  • Enjin asal:4G63T
  • Mod enjin: STANDARD..COVER MANIFUL ARC.....HKS BOV..COVER BELTING CF..RALLIART STOPER BRAKE,RADIATOR CAP RALLIART
  • Elektronik/Management:ECU REFLASH
  • Gearbox:STANDARD
  • Brek:AP RACING 6 POT/4POT
  • Tayar & Rim:TAYAR MICHELIN PS3 245/40/18.  RIM 18 INCI SSR TYCE C RS 9.5JJ OFFSET 29
  • Suspensi:ADJUSTABLE TIEN  FLEX
  • Luaran:KIT BODY STANDARD..LIPS BUMPER RALLIART SPOILER RALLIART.....BONET DEPAN CF VARIS..EXZOS SET HKS SUPER SILENT..SIDE MIROR GANADOR CF..DOOR VISOR MMC CT9W...STRUT BAR CUSCO TITANIUM...FRONT BRACE BAR...LOWER ENGINE BAR
  • Dalaman:SEAT RECARO SR11 EVO10..DEFI ADVANCE METER TURBO,OIL TEMP,WATER TEMP,EXT TEMP,RPM,VOLT..TIMER BLITZ.....CARPET KAKI RALLIART..STERENG ORI EVO9..AUDIO SET PIONEER..
  • Bengkel & Penaja:RAFIQUE GARAGE&AUTOPARTS
  • Nama pemilik:EJAL RAFIQUE

 

 

Wagon kuning dari Kulai

Izudin Shah Saliman berasal dari Felda Penggeli Timur, Kulai, Johor.

Berusia 37 tahun, rakan sebaya Ejal ini juga bermula dengan Proton. Dalam kes Izudin atau nama gelarannya, Din BFG, beliau menggunakan Proton Wira, sebelum terus naik ke Lancer Evo 6, Evo 8 dan kepada Evo 9 Wagon sekarang.

 

 

Dibeli dalam tahhun 2017, Evo 9 Wagon CT9W tahun 2006 juga menggunakan konsep modifikasi yang sama seperti Ejal. Lebih kepada kosmetik dan penambah-baikan sistem ekzos, pernafasan, sistem gantungan dan meter-meter sampingan, Evo Wagon ini memang memberi fokus kepada kelasakan agar mudah digunakan setiap hari.

Untuk sebuah wagon, ia perlu praktikal dan bila ia praktikal, ia mudah digunakan untuk kegunaan harian kerana Din dan juga Ejal keduanya sudah mempunyai keluarga.

 

 

Memiliki bengkel sendiri memberikan kelebihan kepada Din untuk melakukan modifikasi dan di bawah ialah senarai aksesori yang telah dipasang oleh Din pada Evo 9 Wagon kuning beliau ini.

  • Model:MITSUBISHI LANCER EVOLUTION 9 WAGON CT9W TAHUN 2006
  • Enjin asal:4G63T
  • Mod enjin: STANDARD..COVER MANIFUL ARC..HKS AIRFILTER..SARD FUEL REGULATOR..BLITZ BOV..COVER PLUG MONSTER SPORT CF..
  • Elektronik/Management:STANDARD
  • Gearbox:STANDARD
  • Brek:BREMBO
  • Tayar & Rim:RIM RAYS CE28 9.5inci OFFSET 15
  • Suspensi:ADJUSTABLE FRONT TANABE REAR TIEN FLEX
  • Luaran:KIT BODY STANDARD..SPOILER RALLIART..LIP DEPAN EVO9 MR...BONET DEPAN CF..EXZOZ SET KAKIMOTO REGU R 06..SIDE MIROR GANADOR CF..WIPER PIAA CF..
  • Dalaman:SEAT RECARO SR11 EVO10..HKS METER SET TURBO,OIL TEMP,WATER TEMP,EXT TEMP...COVER METER HKS CF..TIMER HKS..METER RALLIART..GEAR CONSOLE RALLIART..CARPET KAKI MONSTER SPORT..STERENG ORI EVO9..AUDIO SET KENWOOD..
  • Bengkel & Penaja:BFG GARAGE&AUTOPARTS
  • Nama pemilik:DIN BFG

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…