Jenama Jepun itu menghasilkan lebih kurang 150,000 unit kenderaan di Swindon, termasuk Honda Civic Type-R. Penutupan kilang itu akan menyebabkan 3,500 orang kehilangan pekerjaan.
Pemasangan model legenda Civic Type-R akan berpindah ke beberapa lokasi lain, termasuk di US dan kemungkinan besar di negara Eropah yang lain.
Panattoni pula berkata ia akan membuat pelaburan sebanyak US$965 juta di tapak kilang Honda itu.
Tindakan gergasi logistik itu seperti menyahut keputusan Sony dan Panasonic untuk memindahkan ibupejabat Eropah mereka dari Kesatuan Eropah ke Britain.
* Laporan lengkap di Reuters