Kilang Ford di UK jadi lokasi flora dan fauna

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keprihatinan masyarakat Eropah terhadap alam sekitar memang baik dan elok untuk dijadikan penanda aras oleh penduduk negara lain.

Dalam masa 20 - 30 tahun lagi beberapa negara Eropah sudah pun merancang untuk mengharamkan kereta dengan teknologi bahan bakar.

 

Kilang Ford di UK jadi lokasi flora dan fauna

 

Kenapa teknologi automotif selalu dikaitkan dengan alam sekitar?

Sebab jumlahnya terlalu banyak di atas jalan raya. Asap-asap yang dilepaskan ke udara merbahaya untuk jangka masa panjang dan pendek.

Untuk itu, pihak berkuasa di beberapa negara maju cuba untuk mengurangkan kesan ini melalui pelbagai peraturan yang telah diwujudkan.

Tertanya kenapa produk kenderaan nasional sukar untuk memasuki pasaran negara maju?

Jawapannya ialah teknologi enjin yang masih belum berjaya menepati tahap piawaian emisi dibenarkan.

 

Kilang Ford di UK jadi lokasi flora dan fauna

 

Selain teknologi enjin, industri pembuatan melalui sisa buangan turut menyumbang kepada masalah alam sekitar. 

Pemilik yang bertanggung jawab akan menggunakan teknologi selamat supaya hidupan sekeliling kurang terjejas.

Ini pula berita menarik dari United Kingdom.

Kilang Enjin Dagenham telah menjadi habitat flora dan fauna sejak sekian lama. Kilang itu adalah pusat pengeluaran enjin untuk pelbagai kenderaan Ford.

Di tapak kilang tersebut, lebih dari 50 jenis burung membuat sarang di kawasan sekitar yang menjadikannya lokasi sesuai untuk hidupan liar.

Para pekerja kilang turut sama menjaga kawasan sekitar dengan memastikan air nya bersih, menambah stok ikan dan menanam lebih dari 10,500 pokok sejak lebih dari 20 tahun lalu.

Tapak itu mempunyai sebuah tasik hasil dari limpahan Sungai Thames lebih dari 300 tahun lalu dan Sungai Beam.

Kawasan sekitar kilang menjadi tumpuan beberapa burung seperti bangau, helang pregerine, angsa dan serangga yang jarang dijumpai iaitu kumbang adonis.

 

Kilang Ford di UK jadi lokasi flora dan fauna

 

Kilang Dagenham bukan calang-calang kerana ia dibuka pada tahun 1931 lagi. Lebih dari 37 juta enjin dan 11 juta kereta telah dihasilkan di sana.

Kilang itu sekarang ini mengeluarkan pelbagai enjin diesel termaju termasuk enjin 2.0 liter Ford EcoBlue.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…