Kia Stonic Quantum, 1.0L turbo 3-silinder, manual 6 kelajuan (cukup dah tu!)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Stonic Quantum 2022
Kia Stonic Quantum 2022
Hanya beberapa tahun lalu, penawaran kenderaan Kia di pasaran tempatan cukup meriah dengan Cerato, Optima, Sportage, Sorento dan pelbagai model lagi.

Sebelum bertukar kepada pengedar baharu, Naza Kia sempat memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Seltos.

Selain beberapa SUV yang disebutkan, Kia mempunyai sebuah lagi SUV iaitu Stonic dan mula dikeluarkan pada 2017.

Stonic berada di dalam segmen B dengan ukuran 4.06 meter (panjang), 1.72 meter (lebar) dan 1.45 meter (tinggi) atau di dalam lingkungan Perodua Ativa namun lebih rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Stonic Quantum 2022

Terbaru di United Kingdom (UK), Kia memperkenalkan edisi istimewa Stonic Quantum dan diletakkan di antara Stonic GT-Line dan Stonic 3.

Harga di atas jalan sama seperti Stonic GT-Line dan dilengkapi beberapa ciri tambahan seperti kerusi depan dan stereng dengan pemanas dan cermin pandang belakang automatik malap.

Turut dilengkapi pengelap cermin dengan pengesan hujan dan kunci pintar dengan enjin start/stop. 

Penampilan Stonic Quantum menyerlah dengan kombinasi warna badan Storm Grey dan bumbung kuning.

Kia Stonic Quantum 2022

Tema dua warna diteruskan pada bahagian dalam dengan kerusi balutan fabrik hitam dan kulit tiruan kelabu serta riasan kuning.

Ciri standard lain ialah rim aloi 17 inci, penyaman udara automatik, skrin sentuh 8 inci dengan sistem navigasi dan sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™.

Lagi ciri standard, cermin privasi, lampu kabus depan, lampu puncak dua fungsi dan lampu belakang kombinasi LED.

Pakej bantuan pemanduan pula terdiri daripada Bantuan Pengelakan Pelanggaran Berdepan, Kawalan Bantuan Mula Mendaki dan Sistem Bantuan Pengekalan Lorong.

Kia Stonic Quantum 2022

Turut dilengkapi, Bantuan Alur Tinggi, Amaran Perhatian Pemandu, Kawalan Penstabilan Elektronik dengan Pengurusan Penstabilan Kenderaan dan Bantuan Had Laju Manual.

Menggerakkan Stonic Quantum ialah enjin 1.0 liter T-GDi tiga silinder turbo dan transmisi manual enam kelajuan yang menghasilkan 97.6 kuasa kuda (hp) dan tork 172Nm.

Sesaran enjin yang kecil namun sudah memadai selain mempunyai kelebihan dari segi penggunaan bahan api.

Kia Stonic Quantum ditawarkan pada harga 21,600 Pound Sterling (RM117,452.84) di atas jalan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin