Kia Sportage wajah baharu - Segar tanpa pengaruh SUV Jerman

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tidak dinafikan, kenderaan buatan Kia memang menarik dan menyerlah sama ada dari segi reka bentuk dan kelengkapan. Salah satu kelebihan Kia ialah bila mana tanda aras kenderaannya dinilai mengikut pesaing dari Jepun dan Eropah.

Ini memberikan identiti tersendiri dan boleh dikatakan sebagai sebuah kenderaan yang seimbang. Tidak terlalu Asia dan tidak terlalu Eropah.

Walau pun dilihat sudah cemerlang dan mampu membina jejak sendiri, sekali-sekala pengaruh jenama luar masih melekat pada kenderaan Kia.

Salah satunya ialah Kia Sportage yang sekali imbas bahagian depannya ibarat adik kepada Porsche Macan atau Cayenne.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kia Sportage

 

Namun itu tidak menghalang Sportage dari terus diminati sehingga mendapat sambutan hangat di Eropah terutama sekali di United Kingdom.

Kepada mereka yang tidak gemarkan bayangan Porsche tersebut, Kia telah melancarkan Sportage wajah baharu di UK.

Perubahan yang dibuat bukan sekadar kosmetik tetapi turut melibatkan tawaran enjin baharu EcoDynamic+ 48V diesel mild-hybrid. 

Berikut ialah perubahan pada Kia Sportage 2018:

  • Enjin baharu 2.0 liter R diesel mild-hybrid EcoDynamics+. Enjin ini dibekalkan dengan kuasa tambahan dari bateri 48 volt dan mampu memanjangkan masa nyah operasi enjin dengan unit generator-starter mild-hybrid.
  • Enjin 1.7 liter CRDi digantikan dengan enjin baharu 1.6 liter U3 CRDi yang merupakan enjin diesel paling bersih pernah Kia hasilkan. 
  • Varian tertinggi ditawarkan dengan pacuan AWD dan transmisi tujuh kelajuan
  • Bamper depan dan belakang baharu
  • Lampu depan, belakang dan lampu kabus kiub ais LED baharu
  • Roda aloi rekaan baharu - 16 inci, 17 inci dan 19 inci
  • Bahagian dalaman dengan stereng dan kluster instrumen baharu dan tona dalaman dua warna, hitam dan kelabu
  • Sistem Smart Cruise Control dengan Stop&Go
Kia Sportage

 

Pada tahun 2017, lebih dari 131,000 unit Kia Sportage telah terjual dan jumlah tersebut adalah satu perempat daripada jualan keseluruhan Kia di Eropah. Di UK sahaja sebanyak 39,683 unit Sportage telah terjual pada tahun yang sama. 

Untuk pasaran tempatan pula, Sportage wajah baharu mungkin dipasarkan pada hujung tahun nanti atau tahun depan memandangkan penghantaran model ini di Eropah hanya akan bermula pada suku ketiga tahun ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…