Kia Sportage - SUV ikonik dengan jualan lebih dari 5 juta unit!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Untuk sesebuah jenama pengeluar biasanya ada sebuah model yang memberi tuah atau dalam erti kata lain model paling laris dan popular sejak ditubuhkan.

Sebagai contoh, Myvi untuk Perodua atau Saga untuk Proton. Kedua-dua model ini dikeluarkan sehingga kini dan memberi keuntungan kepada syarikat.

Model popular seperti ini sudah mempunyai reputasi sendiri dan sentiasa mendapat sambutan hangat merentasi generasi.

Namun jika anda meminati kenderaan dari Korea Selatan atau khususnya Kia apakah pula model yang popular?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia Sportage

 

Jika diimbas semula, model membawa tuah kepada Kia atau Kumpulan Naza selaku pengedarnya ialah Sportage.

SUV sederhana ini tidak semena-mena popular sewaktu diperkenalkan pada penghujung 90 an dahulu. Tidak pasti kenapa, mungkin dek kerana tempias populariti Honda CR-V pada waktu itu atau pun harganya yang jauh lebih murah berbanding tawaran lain dari Jepun.

Tidak kira apa puncanya, Sportage adalah pembuka jalan buat Kia di Malaysia.

Di peringkat global Sportage juga mendapat sambutan, buktinya ialah pada bulan Mac lalu jualannya sudah pun mencecah lima juta unit.

 

Kia Sportage

 

Kepada penggemar Sportage, berikut ialah fakta menarik tentang SUV ikonik ini:

  • Penampilan pertama Sportage bukan di Korea Selatan tetapi di Pameran Kenderaan Tokyo pada tahun 1991 dan memperkenalkan konsep SUV Urban
  • Model generasi pertama dilancarkan pada tahun 1993 dengan sambutan yang begitu menggalakkan apabila mencapai jualan kumulatif lebih dari 500,000 unit
  • Sportage generasi kedua dilancarkan pada tahun 2005 dan berada dalam pasaran selama tujuh tahun
  • Model ini meneruskan kejayaan model pertama dengan jualan sebanyak 1,223,776 di serata dunia
  • Sportage generasi ketiga dilancarkan pada tahun 2010 dan terus cemerlang dengan jualan kumulatif sebanyak dua juta unit 
  • Sportage generasi keempat dilancarkan pada tahun 2015 dan kekal popular
  • Selepas 29 berada di pasaran iaitu pada Januari lalu, jualannya telah mencecah sejuta unit
  • Secara purata, jualan global Sportage pada tahun 2017 ialah sebanyak 38,000 unit sebulan
  • Pada tahun 2016 dan 2017, jualan Sportage telah mengatasi jualan Rio sebagai model paling popular Kia
  • Sportage kini sudah mempunyai empat generasi dan berusia 25 tahun
  • Reka bentuk Sportage diperakui badan antarabangsa - Sportage generasi ketiga dan keempat diikitiraf dengan anugerah iF dan red dot
  • Ciri-ciri keselamatan Sportage juga hebat - Pada 2017 ia diiktiraf dengan rating tertinggi dari Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) Amerika Syarikat dan rating keselamatan tertinggi lima bintang dari Euro NCAP

Pada penghujung Mei lalu, Kia telah mendedahkan Sportage wajah baharu untuk pasaran Eropah. Model yang memasuki kitaran hidup pertengahan itu tampil lebih segar dan dijangka meneruskan kecemerlangannya.

 

Kia Sportage

 

Untuk masa akan datang, segmen SUV bersaiz sederhana akan terus popular dan dijangka semakin sengit. Banyak pengeluar telah tampil dengan model tersendiri seperti Toyota C-HR dan sebagainya.

Kia telah pun bersiap sedia, pengeluar dari Korea Selatan ini melancarkan Stonic dengan imej trendy dan funky.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…