Kia Sportage 2.0 EX dilancar pada harga RM129,888!

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, Naza Kia Malaysia baru sahaja memperkenalkan varian baharu ke dalam portfolio Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) mereka menerusi Kia Sportage 2.0 EX bagi kegunaan pasaran domestik bermula hari ini.

Memiliki penambahbaikan yang hebat dari segi spesifikasi, Kia Sportage 2.0 EX tampil dengan reka bentuk luar biasa, teknologi dalaman serba canggih bagi menjanjikan pengalaman pemanduan terbaik. Tidak sama seperti yang lain.

Secara ringkas, Kia Sportage 2.0 EX dipasangkan dengan rim aloi 18 inci, sensor letak kereta hadapan dan belakang, sensor hujan beserta cermin sisi jenis boleh lipat automatik lengkap fungsi pengulang sampingan.

Dari paparan depan, mekap gaya Kia Sportage 2.0 EX ini kelihatan seakan-akan Kia 'Schreyer' terutamanya pada bahagian lampu hadapan, lampu LED siang hari dan juga gril.

Untuk makluman, Kia Sportage 2.0 EX ini dipertingkatkan dengan ciri-ciri kemudahan seperti kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan penyaman udara automatik sepenuhnya.

Selain itu, sistem audio lima inci pada papan pemuka juga digantikan dengan sistem audio skrin sentuh tujuh inci baharu bersama fungsi Android Auto dan Apple CarPlay.

Mengulas lanjut, Kia Sportage 2.0 EX turut dilengkapi dengan Electrochromic Mirror (ECM), cermin pandang belakang jenis auto dimming bagi mengurangkan ketidakselesaan dan silau.

Tidak hanya itu, ciri-ciri keselamatan asas yang diterapkan juga membantu pengguna menikmati pemanduan yang selesa tanpa rasa risau.

Ciri keselamatan ini termasuk enam beg udara, sistem brek anti-kunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan kawalan pendakian bukit (HAC) dan platform kerangka jenis Advanced Steel Strength Advanced (AHSS). 

Kehadiran ciri-ciri tersebut memberi nilai tambah kepada Kia Sportage 2.0 EX yang mana ia diiktiraf sebagai kenderaan lima bintang bagi aspek keselamatan dalam ujian prestasi perlanggaran (NCAP).

Jangan tidak tahu, Kia Sportage 2.0 EX didatangkan dengan pilihan warna hitam (Cherry Black), biru (Mercury Blue), merah (Red Fiery), putih (Snow White Pearl) serta perak (Mineral Silver).

Sebagai permulaan, SUV sporty baharu itu ditawarkan pada harga serendah RM129,888 (harga termasuk GST, tanpa insuran, cukai jalan dan nombor pendaftaran) dan sudah pun berada di pasaran.

Selain itu, harus ditekankan bahawa varian berkenaan tersedia dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Naza Kia Malaysia memaklumkan, pengenalan Sportage baharu tersebut juga menandakan pengakhiran jualan bagi varian Kia Sportage GT Petrol AWD dan Kia Sportage KX.

Jadi tunggu apa lagi, lawati bilik pameran Kia yang terdekat untuk memandu uji Kia Sportage 2.0 EX sekarang juga!

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rebat GST ini terpakai bagi setiap pembelian mulai sekarang sehingga 30 Jun 2018. 
Berita Domestik
  Kia Grand Carnival 2.2D SX ini masih mengekalkan penggunaan enjin diesel turbo 2.2 liter…