Kia Sedona 2015-2017 dipanggil semula atas sebab lampu isyarat membelok...

oleh Mohamad Hanif|
Kia memanggil semula hampir 90,000 unit MPV Sedona model tahun 2015 hingga tahun 2017 disebabkan lampu isyarat membelok yang menyala dalam arah yang salah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Kia, masalah ini dikatakan berpunca daripada perisian Smart Junction Box (SJB) yang tidak mampu mentafsir isyarat yang diterima daripada tuil suis pelbagai fungsi, dan mengaktifkan lampu isyarat membelok arah bertentangan dengan kehendak pemandu.

Secara keseluruhan, 88,576 unit Kia Sedona di Amerika Syarikat yang diproduksikan antara 21 Julai 2014 hingga 10 Jun 2016 terbabit dalam kes panggil semula yang aneh ini.

Kia akan mula memberikan notifikasi kepada para pemilik bermula 12 November ini bagi mengemaskini perisian Smart Junction Box kepada versi terkini, serta menanggung kos pembaikan yang perlu dihadapi oleh para pemilik bagi menyelesaikan masalah ini.

Itu pun kalau pemilik yang suka pakai signal lah. Yang tak pakai?

Berita Berkenaan

Berita Global
Kira-kira 858 Taycan pada mulanya dikenal pasti berisiko dan ditarik balik pada bulan Januari,…
Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…