Kia Picanto GT-Line kini dengan enjin turbo 1.0l 3 silinder!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hari ini adalah tarikh yang penting buat Kia di Malaysia. Naza Kia Malaysia bakal melancarkan model Kia terhangat di pasaran iaitu Stinger.

Harganya mungkin mengejutkan ramai tetapi ia adalah sapaan kepada pengeluar kereta dari Jerman bahawa Kia serius mahu menyaingi mereka.

Kia Stinger bukan sahaja mengejutkan ramai malah diakui industri apabila memenangi pelbagai anugerah antarabangsa seperti dari Red Dot, What Car? dan iF.

Selain itu, pelancaran Stinger menunjukkan bahawa negara kita adalah penting pada Kia dan keberanian Naza Kia dalam memasarkan model niche di celah-celah saingan hebat dari pengeluar antarabangsa lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia Picanto GT-Line

 

Walaupun jualan Kia tidak sebesar jenama antarabangsa lain namun Naza Kia selalu ke hadapan dalam memberikan kepelbagaian produk dari model sekecil Picanto sehinggalah sebesar Grand Carnival atau Sorento.

Model-model yang ditawarkan pula adalah generasi terkini dengan spesifikasi hebat.

Kia Picanto misalnya bersaing dengan model yang lebih popular dan jenama nombor satu negara iaitu Perodua Myvi dan Axia.

Picanto hadir dengan spesifikasi hebat dengan enam beg udara dan ditawarkan pada harga di bawah RM 50,000.

Walaupun tawaran Picanto tempatan sudah menarik namun ada satu varian tertinggi yang tidak ditawarkan iaitu GT-Line dan GT-Line S.

 

Kia Picanto GT-Line

 

Kedua-dua varian ini ditawarkan di United Kingdom dan menariknya terdapat satu jenis enjin istimewa yang baru sahaja diperkenalkan.

Enjin yang dimaksudkan ialah 1.0 T-GDI. Enjin ini menarik kerana ia hanya menggunakan tiga silinder dengan janaan turbo.

Kuasa enjin ini ialah 99bhp dengan tork 171Nm dan merupakan enjin Picanton paling berkuasa. Pecutan dari 0 - 97 km/j mengambil masa 9.8 saat dan kelajuan maksimum ialah 180 km/j.

Enjin ini hanya eksklusif untuk varian GT-Line dan GT-Line S. Untuk makluman, varian GT-Line adalah pilihan tertinggi untuk sesebuah model Kia seperti yang boleh dilihat pada Kia Sportage GT pasaran tempatan.

Varian Picanto GT-Line hadir dengan pakej istimewa seperti rekaan bamper yang lebih sporti dengan kemasan merah dan kit badan keliling.

 

Kia Picanto GT-Line

 

Gayaan sporti diserlahkan lagi dengan ekzos berkembar dan roda aloi 16 inci yang dipadankan bersama tayar 195/45 R16.

Bahagian dalaman Picanto GT-Line juga meriah dengan kemasan warna hitam merah dan pedal besi tahan karat. Varian ini turut dilengkapi cermin suria, kerusi dan stereng dengan pemanas dan pelbagai lagi peralatan canggih dan terkini.

Jika Picanto 1.2 EX pasaran tempatan ditawarkan pada harga di bawah RM 50,000, berapakah pula harga Picanto dengan enjin turbo ini?

Di UK, harga Kia Picanto GT-Line bermula dari GBP 13,320 atau RM 71,240.93 manakala varian GT-Line S pula bermula dari GBP 14,720 atau RM 78,726.14.

Tinggi juga harganya namun tidak dinafikan pakej enjin dan penampilan Kia Picanto GT-Line begitu menarik. 

Dengan penawaran Kia Stinger, ada harapan tidak Kia Picanto GT-Line ini dipasarkan di sini?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Picanto GT-Line

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…