Kia dikenali sebagai sebuah jenama yang mementingkan ciri-ciri keselamatan dan Kia Picanto baharu ini mempunyai dua kali ganda Advanced High Strength Steel (AHSS) berbanding dengan model terdahulu. Kia Picanto baharu ini juga didatangkan enam beg udara. Selain itu ia mempunyai skrin sentuh berukuran 7.0 inci yang boleh dihubungkan untuk menikmati muzik atau panggilan dan mesej serta sistem navigasi perjalanan.
Ruang boot juga dijanjikan lebih besar dari Picanto generasi ke-2 dengan keluasan sebanyak 1,010 liter sekiranya kerusi barisan kedua dilipat (60/40).
Model Kia Picanto baharu ini akan berada di pasaran pada 10 Januari 2018 dan boleh didapati di bilik pameran Kia terpilih di Semenanjung Malaysia. Bagi peminat Kia di Sabah dan Sarawak, Kia Picanto baharu ini akan berada di pasaran pada bulan hadapan.
Kepada yang berminat, sila kunjungi Kia Roadshow Tour yang bertempat di Highstreet, One Utama dari 10 sehingga 12 Januari 2018.
Sama-sama kita nanti harganya pada 10hb ini.