Kia Picanto 2024 facelift - hatchback segmen A yang lebih sporti

oleh Mohamad Hanif|
Kia Picanto generasi ketiga telah pun berada di pasaran sejak tahun 2017 lagi, dan kini ia telah menerima kemaskini yang kedua setelah model facelift pertama muncul pada tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang pernah kami siarkan sebelum ini, rupa paras Kia Picanto 2024 kini menjadi lebih agresif, seperti contoh unit lampu depan bertindih, serta terdapat bar lampu LED di atas jeriji hidung harimau.
 

kia picanto


Rekaan belakang juga telah dikemaskini dengan menampilkan unit lampu LED dengan grafik lampu belakang yang lebih moden, serta terdapat juga bar LED yang menghubungkan antara unit lampu kiri dan kanan.

Ciri lain termasuklah pilihan rim bersaiz 14, 15 atau 16 inci, kemasan yang lebih agresif untuk varian GT-Line, serta opsyen bumbung suria yang boleh dibuka.
 

Kia


Untuk ruang kabin, Kia telah memasang skrin kluster digital, serta skrin sentuh tengah bersaiz lapan inci, sementara butang kawalan iklim masih lagi dikekalkan di bawah corong pendingin hawa.

Varian GT-Line menambah kelengkapan seperti roda stereng jenis bawah rata, ciri pemanas pada roda stereng, serta kehadiran klac pedal.
 

picanto


Butiran lanjut berkenaan trenkuasa Picanto 2024 masih lagi dirahsiakan, namun terdapat laporan di mana model segmen A itu akan terus dibekalkan dengan pilihan enjin NA tiga silinder sebaris 1.0 dan 1.2 liter, dipadankan dengan transmisi manual berautomatik (AMT) dan kotak gear manual lima kelajuan (GT-Line).

Kelengkapan keselamatan turut dipertingkatkan dengan kehadiran ciri seperti sistem pemantauan titik buta, brek kecemasan automatik, bantuan lorong aktif dan sistem amaran tumpuan pemandu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terdapat dua varian yang disediakan, iaitu Sport dan GT-Line.   Secara standard, kedua-dua varian…