Kia Optima GT Untuk Mereka Yang Berani Sahut Cabaran

oleh SALINA JALIL|
Noktah: sekiranya anda tidak berfikiran terbuka dan anti jentera Korea, anda tidak perlu membaca lebih lanjut! Tetapi anda kerugian kerana Kia Optima GT ini 'dilahirkan' dengan begitu awesome dan mempunyai pakej yang cukup lengkap!

Pertama sekali saya perlu ucapkan syabas kepada semua pemilik kenderaan jentera Kia dan Hyundai khususnya kerana anda berjaya keluar dari keponpong dan berani menyahut cabaran, cacian, hinaan dari golongan-golongan yang sememangnya memandang rendah kenderaan keluaran negara Kimchi. Saya sendiri sehingga ke hari ini masih mendengar tohmahan kereta Korea susah mencari barangan 'spareparts', mahal dan yang teratas sekali adalah kereta Korea 'sejuk' dan tiada nilai untuk dijual semula (no resale value), pada mereka, saya cuma boleh katakan ini sahaja;
"Diamond atau berlian amat mahal harganya tetapi cuba dijual semula, adakah harganya semahal pada masa beli atau turun harganya?"
Kawasaki Legend Reborn

Sebelum ini boss saya, Hezeri Samsuri telah pun membuat artikel tentang model Kia Optima GT ini semasa acara pemanduan pihak media ke Johor Baharu beberapa bulan yang lalu.  Kali ini, cabaran diberikan kepada saya memandangkan saya peminat tegar kereta berkuasa turbo! Mungkin para haters di luar sana akan mengatakan saya bias kerana saya sendiri memandu kereta dari Korea tetapi sekiranya hampir keseluruhan ahli keluarga saya memandu kereta dari Korea, dari Forte 2010, Cerato K3, Hyundai Sonata dan saya sendiri Forte Koup, semestinya kami percaya dan tidak pernah menyesal memiliki jentera Korea, dan tak lupa boss saya sendiri memiliki Kia Carnival! 
Dulu sememangnya fobia mendengar pelbagai permasalahan kereta jenama dari sana tetapi selepas Kia Forte hadir ke Malaysia, segala isu-isu yang kritikal telah diperbaiki, dan yang penting segala 'kutukan' telah didengari dan diatasi.

 

GT 1

 

No car is perfect! Tepat sekali ungkapan tersebut tetapi Optima GT almost perfect!

- Ia laju, turbo beb!
- Ia menarik, sepuluh tahun lagi rupanya tidak lapuk dan pasti kelihatan menarik! Dan anda tidak perlu risau kerana tidak memerlukan perbedahan plastik atau suntikan botoks.
- Ia dilengkapi dengan segala teknologi yang terkini
- Ia didatangkan dengan segala ciri keselamatan  
- Dan anda dapat berjimat kerana tidak perlu ubahsuai (modified) apa-apa pun
- Yang pasti anda akan mengutip saman!

 

Kia Optima GT ini berada di bawah segmen D, jadi persaingan yang terdekat adalah dari Volkwagen Passat, Hyundai Sonata, Honda Accord, Toyota Camry, Mazda 6 dan banyak lagi.  Jadi apa yang membuatkan saya terasa bertuah kerana diberi peluang memandu jentera ini selama empat hari? 

1. Rupa bentuk yang bukan berciri-cirikan pakcik-pakcik atau guru besar pencen. Rupa bentuk adalah sesuatu yang subjektif tetapi yang pasti pada pandangan saya sendiri, ia lain dari yang lain!
2. Walaupun dengan sistem transmisi 6 kelajuan dan cuma 1,998 cc dengan penggunakan enjin Thetta II 2.0 Turbo GDi, kuasa berdesup amat ketara.
3. Ruang boot yang amat luas, dengan keluasan 510 liter, anda pasti boleh memuatkan beratus kilo buah durian.

 

GT 2

 


4. 0 - 100KPH dalam masa 7.4saat lebih laju dari kereta-kereta dari negara Jepun yang berada di dalam segmen yang sama!
5. Berkuasa 242hp dan tork 350Nm, sebagai contoh lebih berkuasa dari Mazda 6 (2.5) 185hp.
6. Penggunaan bahan api 8.5l untuk 100 kilometer.
7. Ruang tempat duduk berwarna merah tua (maroon) dan dari jenis kulit yang amat selesa. Apatah lagi diberikan 'seat ventilation sistem', jadi tak panas lah punggung bila mereput dalam kesesakan lalulintas!

 

GT 3


8. Sunroof - walaupun negara kita panas berdengkang bak kata orang Melaka tetapi bila berjalan pada waktu malam dan ingin ditemani bulan dan bintang, teringin hendak mengecapi suasana romantik seperti pasangan Fattzura, ia amat sesuai.
9. TPMS (tire pressure monitoring system) bagi pemandu seperti saya yang selalu terlupa (dan malas) periksa angin tayar.
10. Dashboard/papan permukaan yang kemas dan 'clean cut', tidak nampak murah atau plastik!
11. Tiga gaya pemanduan; normal, eco dan sport.  Saya mencuba mod sport, terasa terbang tanpa sayap!
12. Lampu hadapan dan belakang adalah dari jenis LED
13. Segala gajet keselamatan yang diberikan untuk Kia Optima GT ini seperti: enam beg udara, ESC, Hill-Start Assist Control, Parking Assist dengan sensor depan dan belakang, Kamera Undur, ABS, VSM dan banyak lagi!

Pada saya, apa yang penting dan seronok dipandu adalah sebuah kereta yang boleh 'berkata-kata' semasa pemanduan dan boleh 'dirasai'.  Dan yang paling penting adalah handling, iaitu pengendalian.  Itu adalah salah satu aspek penting yang saya cari dan penentu samada kereta itu bosan atau 'fun' untuk dipandu! Dalam bab pengendalian, Kia Optima GT ini hampir perfect tetapi belum tepat, betul ia sebuah kereta yang responsif kepada permintaan kepada pengawal stereng, tetapi ia masih 'lembut' dari bahagian suspension.  Di sini, ia masih perlu belajar dari jentera-jentera yang datang dari Jerman. Jangan silap baca, bahagian suspension sudah lebih 'keras' dari model-model terdahulu tetapi belum cukup mantap seperti Volkswagen tetapi sudah mendahului model-model dari Jepun.  

 

GT 4

 

Harga yang diberikan adalah RM174,833.35 tanpa insuran.  Berbaloikah anda memilikinya? Sememangnya berbaloi kerana untuk tiga tahun kos penyelenggaraan adalah percuma dan ia didatangkan dengan waranti selama lima tahun, ditambah pula dengan Kia Value 5, iaitu program di mana anda boleh menukar atau menaiktaraf kereta anda selepas lima tahun dengan jaminan nilai jualan semula (resale value) tinggi dari peniaga kereta terpakai.

Kia Optima GT ini adalah sebuah kereta yang terbaik yang pernah dihasilkan dari kilang Kia dan sekiranya ini sudah terbaik, bagaimana pula aksi Kia Stinger yang bakal menempah nama di sini? Hmmmmm.... pasti menarik dan tidak sabar rasanya!

Kami di Careta juga menerima pertanyaan tentang sesi pandu uji model ini, makluman yang kami terima dari pihak Naza sendiri bahawa anda boleh memandu uji di hampir keseluruhan pusat jualan Naza Kia Malaysia Sdn Bhd tetapi anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu. 

Add new comment

banner articles