Kia Motors mahu buka kilang di India dengan kapasiti pengeluaran 300K unit setahun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Motors mahu buka kilang di India dengan kapasiti pengeluaran 300K unit setahun
Kia Motors mahu buka kilang di India dengan kapasiti pengeluaran 300K unit setahun
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa hari sebelum ini Careta bawakan berita mengenai Volvo Cars mahu memasang kenderaannya di Bangalore, India. Namun sebelum pengumuman yang dibuat Volvo Cars itu, Kia Motors pada 27 April terlebih dahulu telah memeterai memorandum persahaman (MOU) dengan kerajaan negeri Andhra Pradesh, India bagi membina kilang pembuatan baharu di daerah Anantapur.

Pembinaan kilang itu adalah yang pertama seumpamanya buat Kia Motors di India dengan pelaburan sebanyak USD 1.1 bilion. Kilang di Anantapur akan mula dibina pada suku terakhir tahun ini dan bakal memulakan produksi pertama pada separuh tahun kedua 2019. Menurut Kia Motors, kilang tersebut mampu mengeluarkan kira-kira 300,000 kenderaan setahun.

Kia Motors merencana untuk mengeluarkan kereta sedan kompak dan SUV kompak untuk pasaran India di tapak berkeluasan 23 juta kaki persegi. Saiz itu bersamaan 2.16km² atau 536 ekar dan ia bakal memuatkan beberapa fasiliti seperti tekan tera (stamping), kimpalan, cat dan pemasangan.

Kia Motors mahu buka kilang di India dengan kapasiti pengeluaran 300K unit setahun 2017.02

 

Bagi memastikan ekosistem pemasangan yang lancar, tapak lokasi tersebut juga bakal menjadi lokasi pengeluaran pembekal atau vendor.

Keputusan pembinaan kilang di India adalah selari dengan hasrat Kia untuk mengekalkan posisinya sebagai pengeluar kenderaan paling pesat berkembang di dunia. Selain daripada itu, India juga mempunyai rangkaian pembekal yang berkembang pesat dan tenaga kerja mahir.

Kilang baharu di Anantapur membolehkan Kia menjual kenderaan buatan tempatan di India seterusnya meraih pegangan dalam pasaran kereta kelima terbesar di dunia itu.

Lebih menarik, menjelang penghujung 2020 India dijangka bakal menjadi pasaran ketiga terbesar di dunia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…