Kia Grand Carnival 2.2D SX - RM188,888

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar rasmi kenderaan jenama Kia, Naza Kia Malaysia hari ini memperkenalkan varian terbaru MPV mereka, iaitu Grand Carnival 2.2D SX.

Varian SX ini dipadankan dengan rim aloi 19 inci jenis Chrome Sputtering berbanding varian KX yang menggunakan rim bersaiz 18 inci. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kia Grand Carnival 2.2D SX ini masih mengekalkan penggunaan enjin diesel turbo 2.2 liter menghasilkan 190 kuasa kuda dan 440Nm kuasa tork, cukup berkuasa bagi menggerakkan MPV besar ini. Kuasa enjin diesel ini disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik enam kelajuan.

Ia juga dilengkapi lampu HID dengan Diamond Glitter Type Positioning Lamp dan Auto Levelling System. Kemasan gril hadapan pula menggunakan bahan berkilat berwarna hitam. 

 


 

Bahagian kabin pula menampilkan penggunaan warna dua tona pada kerusi dengan kemasan kayu. Varian SX ini juga hadir dengan sistem audio dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto bersaiz 8 inci dan dilengkapi dengan enam buah speaker dan sambungan USB. 

HEADREST-MONITOR-(1)_0.jpg


Bagi kegunaan hiburan penumpang belakang, terdapat dua skrin monitor yang diletakkan di belakang tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dengan sokongan Wi-Fi. 

YP 17MY GE-RHD high strength steel_airbag.jpg
 

Ciri-ciri keselamatan pula tidak kurang hebatnya apabila varian ini hadir dengan kawalan kestabilan kenderaan (ESC), bantuan mula mendaki (HSA), enam buah beg udara dan lampu HID dilengkapi lampu nyalaan siang (DRL).

YP_front_3_7_Bright Silver.jpg 

Terdapat empat pilihan warna termasuklah Snow White Pearl, Aurora Black Pearl, Blackberry dan Silky Silver

Grand Carnival SX ini dijual pada harga RM188,888 atas jalan tanpa insurans sekaligus menggantikan varian EX yang telah dihentikan penawarannya. Para pembeli boleh melihat dengan lebih dekat dan memandu uji varian SX ini di kesemua  ruang pameran rasmi Naza KIA.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Panggilan telefon yang kami terima ialah dari syarikat Bermaz dan mereka mahu informasi berkaitan…
Hezeri Samsuri
Ramai menghela nafas lega kerana veteran industri automotif, Datuk Ben Yeoh pastinya akan membawa…
Berita Domestik
  Pusat 3S ini telah dirasmikan pada tahun 2011, diikuti dengan Red Cube Johor Bahru dan pada…