KIA EV9 - 7 tempat duduk, jarak gerak 505km, dari RM368,888

oleh Firdaus Razani|
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi model elektrik terbaharu iaitu Kia EV9 serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia EV9 merupakan pemenang anugerah berprestij seperti World Car of The Year 2024 dan juga memenangi Anugerah Terbaik Terbaik dalam kategori Kereta dan Motosikal oleh Red Dot Award: Product Design 2024.

 

kia

 

Kia EV9 merupakan antara tiga barisan khusus pertama Kia SUV flagship yang dibina di atas platform Kia, iaitu Electric Global Modular Platform (E-GMP).

EV9 ialah model Kia kedua berdasarkan platform ini dan yang pertama menampilkan teknologi bateri generasi keempat yang direka untuk ketumpatan tenaga yang dipertingkatkan.

 

kia

 

EV9 dikuasakan oleh pek bateri voltan tinggi berkapasiti 99.8 kWj, dan dipadankan dengan dwi motor elektrik yang menggerakkan gandar hadapan dan belakang.

Dengan pek bateri tersebut, EV9 mampu bergerak dengan jarak gerak sehingga 505km dengan sekali pengecasan penuh dan menghasilkan kuasa sehingga 380hp dan tork 700Nm.

Untuk pengecasan, dengan pengecasan AC 11kW, ia mengecas penuh dalam 10 jam 30 minit, manakala pengecasan DC 350kW, ia mengecas dari 10-80 peratus dalam 24 minit.

 

kia

 

Selain itu, fleksibiliti sistem pengecasan Unit Kawalan Pengecasan Bersepadu (ICCU) membolehkan fungsi Vehicle-to-Load (V2L), yang mampu membekalkan kuasa sehingga 3.6 kWj.

Kehadiran visualnya yang berani dan yakin yang diilhamkan oleh falsafah reka bentuk "Opposites United" Kia, EV9 membayangkan semula SUV serba elektrik dengan keseimbangan unik elemen semula jadi dan moden.

 

kia

 

Pada bahagian luaran, EV9 membawa elemen yang memberikan rasa ketenangan kontemporari yang terdiri daripada EV yang canggih untuk era baharu mobiliti mampan.

EV9 ini mempunyai jarak roda sepanjang 3,100mm dan ditampilkan dengan roda Aloi bersaiz 21 inci, manakala keseluruhan ukuran dimensi adalah sepanjang 5,010mm, 1,980mm lebar dan 1,755mm tinggi.

 

kia

 

Untuk rekaan bahagian hadapan, ia mempamerkan identiti signature uniknya iaitu “Digital Tiger Face” dan menyerlahkan “Digital Pattern Lighting Grille” sebagai unsur dinamisme dan kecanggihan.

Digital Tiger Face tersebut menampilkan dua kelompok lampu kiub kecil bersebelahan dengan setiap lampu depan.

 

kia

 

Manakala pada bahagian belakang, EV9 menampilkan belakang LED "Star Map" LED daytime running lights (DRL) yang mencipta corak pencahayaan animasi canggih.

 

kia

 

Selain itu, reka bentuk bagi model EV9 GT-line telah menampilkan estetik unik yang membezakan bampar depan dan belakang, roda dan rak bumbung.

 

kia

 

Pada profil sisi EV9, ia menampilkan garisan ringkas tersendiri yang dapat dilihat dari reka bentuk pillar dengan menggunakan elemen "Bold for Nature", yang memberi inspirasi kepada gabungan unsur-unsur dari dunia semula jadi dan material.

Untuk reka bentuk dalaman EV9, ia disesuaikan untuk meningkatkan pengalaman keluarga milenium, menekankan ruang, kebolehsuaian, keselesaan dan teknologi termaju.

 

kia

 

Dengan falsafah reka bnetuk “Technology for Life”, ia memastikan bahawa hanya teknologi dan inovasi dapat menggalakkan interaksi positif dan intuitif antara manusia dan mesin dicipta.

Nilai-nilai ini telah memainkan peranan penting dalam penciptaan bahagian dalam EV9.

 

kia

 

EV9 merangkumi reka bentuk ringkas yang elegan, berkualiti premium dan mesra pengguna yang dicipta menggunakan bahan kitar semula.

 

kia

 

Papan pemuka panoramik terapungnya memanjang dari stereng ke tengah kenderaan, dilengkapi dengan dua skrin sentuh 12.3-inci yang disepadukan dengan paparan segmen 5-inci menambah baik pengalaman digital.

 

kia

 

Ia menawarkan kawalan mudah ke atas fungsi kenderaan dan memastikan butang fizikal disimpan pada tahap minimum.

 

kia

 

Infotainmentnya menampilkan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas Telefon Pintar Wayarles pantas, dan port USB-C untuk pengecasan, manakala baris kedua dan ketiga turut menampilkan pengecas USB-C.

 

kia

 

Lampu suasana ambien digunakan pada tempat letak tangan hadapan dan belakang serta bahagian atas poket peta, memberikan fungsi pencahayaan yang berbeza.

Tambahan itu, ia dilengkapi dengan sistem audio Meridian® 14 pembesar suara berkuasa yang telah ditala oleh pakar di Meridian, membolehkan pemandu menikmati audio semula jadi, seperti hidup dan asli semasa bergerak.

 

kia

 

Ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan standard dan canggih, termasuk 10 beg udara SRS yang meliputi bahagian Pemandu & Penumpang Depan, Lutut Pemandu, Sisi, Langsir dan Sisi Tengah.

Turut didatangkan sebagai ciri seperti berikut;

  • Anti-Lock Braking System (ABS),
  • Electronic Stability Control (ESC),
  • Safe Exit Assist (SEA)
  • Traction Control System (TCS),
  • Electronic Brake-Force Distribution (EBD),
  • Brake Assist (BA),
  • Rear Occupant Alert (ROA),
  • Hill-start Assist Control (HAC)

 

Sebagai tambahan keselamatan, ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan lanjutan (ADAS) seperti berikut;

  • High Beam Assist (HBA),
  • Parking Collision-Avoidance Assist (PCA),
  • Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA)
  • Rear Cross-Traffic Collision Assist (RCCA),
  • Blind-Spot View Monitor (BVM),
  • Lane Keeping Assist (LKA),
  • Driver Attention Warning (DAW)
  • Forward Collision-Avoidance Assist (FCA2)
  • Junction Turning (JT),
  • Junction Crossing (JX),
  • Lane-Change Oncoming (LCO),
  • Direct Oncoming (DO),
  • Lane-Change Side (LCS),
  • Driving Steering Assist (DSA),
  • Auto Evasive Steering Assist (ESA),
  • Lane Following Assist (LFA2),
  • Smart Cruise Control (SCC).

 

Kia EV9 serba baharu ini merupakan unit CBU yang diimport dari Korea Selatan dan tersedia dengan lima pilihan warna, iaitu Ocean Blue, Snow White Pearl, Pebble Grey, Aurora Black Pearl dan Iceberg Green.

 

kia

 

Kia EV9 turut didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu varian 7-seater yang dijual dengan harga bermula dari RM369,668 dan varian 6-seater dengan harga dari RM374,668.

Kia EV9 turut disertakan dengan waranti pengeluar selama lima tahun (atau 150,000km pertama), yang mana dahulu dan liputan jaminan bateri Kia EV9 EV sehingga lapan tahun atau 160,000km, yang mana dahulu.

 

kia

 

Kia Malaysia kini telah membuka tempahan EV9 secara rasmi, dan pelanggan boleh membuat pra-pesanan EV9 di bilik pameran Kia di seluruh negara.

Tempoh hari, Hezeri ada tengok lebih dekat EV terbaharu daripada Kia di Bangkok Motorshow 2024, dan godek-godek sikit model tu, tengok video dekat bawah;

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…
Berita Global
  Kia menyasarkan untuk mencapai karbon neutral di dalam kesemua operasi syarikat menjelang 2045…
Berita Global
Dari segi dimensi, Kia EV9 mempunyai ukuran yang hampir sama dengan model Telluride. Dengan…