Menurut laporan daripada Daum Net, Kia dikhabarkan memiliki perancangan untuk memperkenalkan Kia Carnival generasi baharu pada separuh kedua tahun 2020.
Lebih mengejutkan, Kia juga turut bakal membawakan varian baharu yang bakal membawakan konfigurasi empat tempat duduk sahaja!
Untuk pengetahuan, Kia Carnival generasi terkini memiliki konfigurasi tempat duduk yang mampu memuatkan 7 orang atau 9 orang sehingga 11 orang pada satu-satu masa.
Malah, dalam satu kenyataan daripada Kia, mereka mengakui bahawa terdapat permintaan yang tinggi terhadap Kia Carnival versi empat tempat duduk, terutama di kalangan CEO dan juga ekskutif syarikat.
Pada ketika ini, terdapat modifikasi yang dijalankan oleh pihak ketiga yang mampu mentransformasikan Kia Carnival anda menjadi sebuah MPV alternatif bagi mereka yang menginginkan spesifikasi seumpama Lexus LM.
Sumber: Daum NET menerusi Autonetmagz