Ketersediaan stok alat ganti Proton kini cecah 94 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar automotif Proton mahu melaksanakan sistem pengurusan gudang alat ganti baharu (WMS) dalam masa terdekat untuk menambah baik aspek khidmat selepas jualan dan memberikan tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah menjelaskan, pelancaran sistem baharu ini mencerminkan usaha berterusan untuk berinovasi dalam memastikan penyelesaian optimum untuk pelanggan.
 

PCCSB


Sistem WMS itu dibangun menerusi kerjasama dengan Geely IT yang disokong oleh Geely Logistics, di mana perkongsian pengetahuan itu dibuat secara dalam talian serta interaksi fizikal antara Shah Alam, Wuhan, dan Hangzhou.

Proton menyasarkan sistem WMS ini beroperasi pada akhir Mac 2024.
 

PCCSB


Di Malaysia, PCCSB mempunyai sehingga lima gudang alat ganti, dua daripadanya terletak di Glenmarie, satu di Batu Tiga, satu di Sarawak dan satu lagi yang bakal dibuka di Kota Kinabalu, Sabah pada suku kedua 2024.

Sejak dua tahun lalu, PCCSB telah melabur untuk mengembangkan lagi ruang gudang lebih daripada 35 peratus, daripada 28.7 km persegi kepada hampir 40 km persegi.

Untuk memastikan tahap ketersediaan stok alat ganti, PCCSB telah meningkatkan pegangan stok sebanyak 1.5 kali ganda berbanding tahun sebelumnya, dengan jumlah stok lebih 30,000 bahagian dan nilai berjumlah RM130 juta.
 

PCCSB


Berbanding kapasiti terdahulu, jumlah pemindahan stok ke Malaysia Timur juga telah meningkat dua kali ganda, di mana vendor luar negara kini boleh terus melakukan penghantaran ke Malaysia Timur.

Semasa lawatan media ke ibu pejabat PCCSB di Glenmarie, Proton turut mendedahkan mereka kini mempunyai ketersediaan alat ganti sehingga 94 peratus untuk model sedia ada, berbanding 84 peratus pada tahun terdahulu.

Dengan sistem pesanan pembelian yang efektif serta sokongan daripada pemerolehan dan pembuatan, Proton juga berjaya mengurangkan jumlah pesanan kembali sebanyak 60 peratus, selain meningkatkan purata penghantaran harian sebanyak 35 peratus.
 

PCCSB


Hasil daripada penambahbaikan yang dibuat, tempoh menunggu pelanggan juga telah berjaya diminimumkan dengan pengurangan tempoh Work-in-Progress sebanyak 63 peratus jika dibandingkan dengan tahun terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…