Kes polis langgar pelajar dipindah ke Mahkamah Tinggi

oleh Hamimah Hamid|
PERBICARAAN kes pegawai kanan polis yang didakwa melanggar hingga menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki di Meru, Ipoh pada Disember tahun lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Mahkamah Ipoh, S Punitha memutuskan demikian selepas permohonan dibuat pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemindahan kes terbabit benarkan mengikut Seksyen 117 A (1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), namun tarikh sebutan belum ditetapkan.

 

Sebelum itu, tertuduh Deputi Superintendan (DSP) Mohd Nazri Abdul Razak, 45 hadir di mahkamah hari ini dengan kawalan ketat polis.

 

Pegawai kanan terbabit didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

 

Pada 18 Disember tahun lalu, Mohd Nazri dituduh menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran SMK Jati, dalam daerah Kinta, Ipoh antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari 15 Disember.

 

Muhammad Zaharif yang menunggang motosikal didakwa dilanggar dan diseret sebuah kereta dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.