Kerusi urut mampu ubati 'Monday Blues' - DS

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, tempat duduk kereta yang dilengkapi dengan fungsi urut sebenarnya mampu mengubati Monday Blues, atau dalam kata yang mudah difahami, perasaan stress, murung dan kebimbangan yang kerap dialami oleh kebanyakan orang setiap kali hari Isnin?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian yang dijalankan oleh jenama premium DS mendapati, salah satu cara yang berkesan untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan duduk dikerusi yang dilengkapi dengan fungsi urut.

Kajian yang dijalankan itu didakwa kerusi berteknologi tinggi itu dikatakan adalah kunci kepada cara untuk meningkatkan tahap tumpuan pemandu, mengurangkan kebimbangan serta meningkatkan kualiti hidup.

Caranya?

Duduk selama 15 minit dengan fungsi urut terpasang, dan memetik kajian yang dijalankan oleh Touch Research Institute, fungsi urut serta tempat duduk yang berventilasi mampu mengurangkan aras hormon cortisol - hormon yang bertanggungjawab memerangi perasaan stress dalam badan - sehingga 53 peratus.

 

gambar hiasan

Syarikat DS juga turut mendakwa, persekitaran tempat kerja dan tempoh bertugas yang sangat panjang turut mempengaruhi kualiti kehidupan seseorang. 

Menurut Vince Clisham, ketua unit produk DS Automobile UK berkata, "kepenatan dan gangguan ketika pemanduan akibat stress merupakan punca utama kemalangan di UK.

"Kami di DS komited untuk memastikan para pelanggan kami selamat sentiasa di atas jalan raya, dan yakin dengan fungsi kerusi urut ini mampu meningkatkan lagi kualiti kehidupan mereka.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Para pemenang bertuah itu merupakan pelanggan yang membeli dan mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan…