Kerjasama SIC, RaceRoom cipta ruang pada gamers Malaysia tunjuk bakat terpendam

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu, bahawa Sepang International Circuit (SIC) juga pernah menganjurkan siri perlumbaan maya iaitu e-Sports Endurance Race dengan kerjasama daripada RaceRoom.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pertandingan permainan simulator perlumbaan e-Sports Endurance itu merupakan satu inisiatif bagi mempromosikan siri kejuaraan ALMS dan sekaligus melancarkan program pencarian bakat 'Road to Malaysia Championship Series' anjuran SIC. 
 


Dengan format perlumbaan yang berasaskan perlumbaan LMP2 sebenar, cabaran simulator Race Endurance e-Sports oleh RaceRoom menyediakan peminat permainan simulator untuk mengalami pengalaman perlumbaan sebenar.

Raceroom adalah salah satu simulasi motorsport terkemuka di dunia yang menyediakan kereta perlumbaan sebenar dan trek perlumbaan untuk pengalaman lumba yang sebenar. 

RaceRoom mempunyai komuniti yang kuat di seluruh dunia dalam kalangan pengguna atas talian yang berdaya maju dengan jumlah yang semakin meningkat setiap hari di Malaysia.
 


Sepang Asia LMS E-Sports Endurance Race yang diadakan pada 4 Februari lepas selama empat jam dengan penyertaan lebih daripada 200 orang peserta, kru perlumbaan, dan para pelumba turut sama menyertai termasuklah Mikko Nassi, Mitchell Gilbert, Alif Hamdan, Douglas Khoo dan Dominic Ang. 

Pertandingan perlumbaan maya tersebut dimenangi oleh SIMFAI Motorsports dengan kombinasi Aiman Haziq, Taufiq Mohyin dan Irbrahiim Zaidi ternyata berbisa mengalahkan pasukan lain iaitu Love Livers! Malaysia Motorsport (Ayman Aqeem Abas, Amir Haziq dan Antar Bhuiyan) dan IMS eMotorsport (Ikhmal Fadzil, Sim Kai Wern dan Mior Muhammad Hafiz).

Menurut CEO Sepang International Circuit, Dato' Razlan Razali, para pemenang permainan maya ini bakal berpeluang untuk menyertai perlumbaan sebenar pada pusingan ketiga kejohanan Malaysia Championship Series yang akan berlangsung pada 13-15 Julai ini dan juga Sepang 1000km Endurance Race yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini. 
 

Sumber gambar: RaceRoom

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
MotorGP
"Patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan dan tidak berhenti atau menghalang laluan kenderaan…