Kerjasama KKM dan Grab - Tawar Diskaun Tambang Perjalanan ke Hospital

oleh SALINA JALIL|
Hospital dan kesesakan lalu lintas berpisah tiada. Namun, ada berita baik untuk pengguna aplikasi Grab. Terkini, kerjasama pihak Grab dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan diskaun harga perjalanan ke hospital yang terpilih bermula pada 1 April 2018.

Inisiatif pihak Grab dan KKM ini dilihat mampu mengurangkan kesesakan serta masalah parkir yang sering melanda hospital utama seluruh negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Untuk menebus, pengguna Grab hanya perlu memasukkan kod promo: GRABMOH ke dalam aplikasi dan ia terhad kepada empat kali perjalanan.

 

Promosi ini juga terhad kepada 5000 pelanggan pertama setiap bulan yang menebus menggunakan kod promo yang diberikan. Ia akan berakhir pada 29 Februari 2019 atau bergantung kepada pengumuman semasa dari pihak Grab.

 

Untuk melihat senarai hospital yang terpilih serta syarat-syarat yang ditetapkan, pengguna boleh melayari laman rasmi Grab: https://www.grab.com/my/grab-x-ministry-of-health/

 

Sumber gambar daripada Twitter Ketua Pengarah Kesihatan

 

 

Penulis muda: Muhamad Hanif

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…