Kereta terbakar di kawasan lapang, pemandu rentung

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bomba
Individu tidak dikenali ditemukan rentung dalam kereta berhampiran Kampung Nanga San di Jalan Brayun-Sri Aman di Sri Aman, pada Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada 10.04 pagi sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati api marak memusnahkan sebuah kereta di kawasan lapang berhampiran kampung terbabit.

"Selepas api berjaya dipadamkan dalam tempoh sejam, kami menemukan mayat seorang individu yang belum dapat dikenal pasti rentung," katanya dalam kenyataannya, pada Rabu.

Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti dan mayat diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu…
Berita Domestik
  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, kemalangan…
Berita Domestik
  "Sepasukan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima…