Kereta swapandu 'cenderung' untuk melanggar pejalan kaki yang gelap

oleh Mohamad Hanif|
AION MREC Banner Campaign May 2024

Bagi sesetengah pengguna peranti pintar yang memiliki tona kulit yang agak gelap, sudah tentu merasakan kesukaran menggunakan sistem pengecaman muka pada sesetengah peranti. 

Namun, berdasarkan kajian yang dibuat oleh para penyelidik Georgia Institute of Technology mendapati sistem kepintaran buatan pada kereta swapandu juga menghadapi masalah yang serupa - bias kepada mereka yang berkulit cerah. 

Ini bermakna, sistem pengesanan pejalan kaki masa kini lebih cenderung untuk memberikan perlindungan kepada mereka yang mempunyai tona kulit cerah berbanding mereka yang berkulit gelap. 

Menggunakan contoh sistem pengecaman objek termaju, kereta swapandu boleh membezakan objek-objek asing yang terdapat di jalanan seperti papan tanda, pejalan kaki serta bangunan. 

Akan tetapi apabila sistem ini digunakan pada pejalan kaki yang berbilang tona kulit, ia didapati menunjukkan keputusan yang tidak memberangsangkan apabila berhadapan dengan pejalan kaki yang mempunyai tiga tona kulit tergelap berdasarkan skala Fitzpatrick. 

Para penyelidik turut mencadangkan supaya lebih banyak input data berkaitan - terutama apabila melibatkan kepelbagaian tona kulit warga bumi - dimasukkan ke dalam sistem kepintaran buatan supaya ia dapat 'belajar' untuk mengenal pasti pejalan kaki dengan lebih tepat. 

Sumber: Futurism

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kerja-kerja penyelenggaraan ini sebenarnya terletak bawah bidang kuasa PBT dan terdapat juga…
Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…
Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…