Kereta sports baharu Toyota bakal diposisikan di bawah GT86 - Presiden Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Di kala Toyota kini sedang sibuk mempersiapkan penawaran terbaharu bagi kereta sports Toyota Supra, syarikat dari Jepun itu turut memberikan maklumat tambahan berkenaan adik bongsu kepada siri kereta sports dari Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut ketua jurutera Tetsuya Tada, Toyota dijangka akan memperkenalkan sebuah lagi model yang akan diposisikan di bawah GT86, yang pasti ia merupakan sebuah kereta sports kelas permulaan. 


Tambah beliau, presiden Akio Toyoda mahukan sebuah barisan kereta sports yang terdiri daripada tiga adik beradik, dimulakan dengan Toyota Supra, manakala GT86 pula merupakan model pertengahan di antara Supra dan model yang belum dipastikan namanya itu. 

Jika desas desus sebelum ini benar, kemungkinan besar Toyota akan memperkenalkan model konsep yang dipertunjukkan sebelum ini di Tokyo Motor Show 2015 iaitu Toyota S-FR sebagai model baharu di dalam barisan kereta sports Toyota. 

S-FR diterangkan oleh pihak Toyota sebagai sebuah kereta sports dengan pembahagian berat yang ideal yang menggabungkan casis serba ringan serta layout FR (enjin hadapan, pacuan roda belakang). 

 


Kereta ini direka untuk menampilkan sistem gantungan bebas pada empat penjuru bagi menjanjikan prestasi yang cemerlang ketika mengambil selekoh, sebelum ditambah perisa transmisi manual enam kelajuan kepada pakej pemanduan yang menyeronokkan. 

Mungkin dengan pengenalan S-FR ke dalam barisan model keluaran Toyota diharap mampu mengisi kelompongan model sports kelas permulaan yang telah lama tidak dijenguk oleh rakan pengeluar senegara. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara kebetulan, francais filem aksi terkenal Fast & Furious baru-baru ini turut sama…
Berita Global
Sebagai meraikan kejayaan tersebut, Toyota UK telah menerbitkan sebuah video ringkas yang penuh…
Berita Global
Pengumuman ini turut menandakan pengakhiran produksi buat Toyota GT86 yang dipasang di kilang…