Kereta pandu sendiri Uber bunuh pejalan kaki wanita

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Syarikat Uber sudah mula menawarkan perkhidmatan kenderaan pandu sendiri atau kenderaan autonomi di US, dan sehari lalu, salah satu kenderaan tersebut telah melanggar seorang pejalan kaki di Arizona, US.

Kenderaan Uber yang sedang dalam mod autonomi itu melanggar seorang wanita yang sedang berjalan di kaki lima. Wanita itu meninggal dunia kemduiannya di hospital.

Kenderaan Uber itu memang mempunyai seorang pemandu di dalamnya semasa ia melanggar wanita tersebut.

 

uber crash

 

Masalah kereta autonomi Uber bukan baharu. Diperkenalkan dua tahun lalu, sebuah Volvo XC90 autonomi milik Uber pernah mengalami kemalangan. Pihak berkuasa Arizona terus menggantungkan sebentar perkhidmatan tersebut.

Dalam tahun 2016 semasa ia mula diperkenalkan, kenderaan autonomi Uber juga dilihat melanggar lampu merah, menyebabkan pertelingkahan pendapat antara penguatkuasa di Arizona dengan syarikat Uber.

 

 

Mangsa, Elaine Herzberg yang sedang berjalan kaki sambil menyorong basikalnya di tepi laluan pejalan kaki dilanggar oleh kereta autonomi Volvo XC90 milik Uber pada kelajuan 64 kmsj. 

Rakaman video menunjukan Volvo XC90 itu langsung tidak memperlahankan kelajuannya, seolah-olah ia tidak nampak mangsa tersebut.

Kenderaan autonomi sepatutnya mampu menegsan pejalan kaki, pengayuh basikal dan pelbagai objek lain.

Ini bukan kali pertama kes maut akibat kenderaan autonomi. Pada tahun 2016 juga, sebuah Tesla Model S merempuh sebuah lori treler dan membunuh pemandunya.

Tesla itu (gambar di bawah)  sedang dalam mod autonomi dan merempuh treler yang sedang melintas itu.

 

 

Walaupun ada banyak kes-kes kemalangan akibat mod autonomi pada kenderaan, kerajaan California telah membenarkan kenderaan mod autonomi sepenuhnya untuk menggunakan jalanraya awam bermula tahun 2018.

Gabenor Arizona berang dengan tindakan California dan memaksa Uber untuk beroperasi di wilayah beliau. 

Sejak Mac ini, lebih dari 600 buah kenderaan autonomi sudah mula beroperasi di Arizona.

Para pengkritik berkata pihak berkuasa di wilayah Arizona dan California tidak melakukan cukup ujian untuk memastikan teknologi ini selamat.

Pada pendapat Careta pula, walaupun kita mahukan kemajuan, jangan sampai ada risiko kepada pengguna awam. Colateral damage ialah satu konsep yang nampak normal, sehingga yang menjadi mangsa ialah mereka yang kita kenali.

 

 

Careta unjurkan cadangan agar gabenor California dan Arizona diikat pada bamper depan Volvo XC90 autonomi dan dipandu selama empat jam di bandaraya Bangkok, Kerala, Ho Chi Minh dan Kuala Lumpur.

Jika selamat, maka baharulah teknologi autonomi boleh digunakan.

Untuk pengetahuan pembaca, kenderaan autonomi dalam bentuk Proton Exora sedang diuji di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya oleh Moo Vita, sebuah agensi Singapura yang menggunakan lesen sebuah universiti tempatan, UTM.

 

 

Singapura sudah lama mahu menguji sistem autonomi kenderaan mereka, tetapi keadaan geografi dan lalulintas pulau itu terlalu kecil dan pasif untuk memberikan ujian sebenarnya.

Mereka mahukan satu kawasan yang lebih luas, seperti di Malaysia. 

Namun begitu, ramai agensi tempatan yang tidak mahu membenarkan Malaysia menjadi tapak ujikaji orang asing untuk kemajuan mereka sendiri. 

Mungkin UTM perlukan khidmat asing untuk mencapai teknologi tersebut. Diharapkan ada universiti tempatan lain yang mampu menghasilkan teknologi tersebut tanpa bantuan luar. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Laporan dari Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under…
Berita Global
    Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…