Kereta idaman, kereta pertama anda - Sama atau Tidak?

oleh Afandi Che Muhamad|
Tidak dapat dipastikan daripada mana segalanya bermula, penulis pasti setiap dari kita mempunyai senarai kereta idaman masing-masing.

Sama ada sekadar suka-suka atau pun anda sememangnya tergolong dalam kalangan mereka yang begitu obses dengan kereta. Anda tidak dapat lari daripada sifat semulajadi manusia yang mempunyai kehendak pelbagai.

Sesetengah daripada kita menjadikan elemen reka bentuk, fitur, keselesaan pemanduan, kos penyelenggaraan, prestasi enjin dan banyak lagi sebagai faktor penentu sebelum memilih untuk membeli sesebuah kereta idaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelbagai perancangan dilakukan bagi memastikan sesebuah kereta idaman itu menjadi milik kita juga suatu hari nanti.

Pun begitu, apa daya kita sebagai seorang manusia yang hanya mampu merancang. Tuhan juga menentukan sama ada hasrat kita itu terlaksana atau tidak.

Sama halnya dengan lelaki dari New Jersey, Amerika Syarikat ini. Individu dimaksudkan ialah Tom McParland.

Menjawat jawatan sebagai editor di salah sebuah portal automotif popular di negara kelahiran Uncle Sam itu, McParland hari ini tidak lokek untuk berkongsi mengenai model kereta idamannya tidak lama dahulu.

Sama ada dia berjaya memilikinya atau tidak, anda perlu teruskan membaca artikel ini sehingga habis.

Menurut McParland, dia mula membeli kereta pertamanya lebih dua dekad lalu ketika usianya menginjak 17 tahun (1998).

Jelasnya, dia begitu meminati model Chevrolet Camaro SS yang baharu dilancarkan pada tahun sama.

"Minat itu mula timbul selepas saya terpandang model baharu berkenaan dari luar tingkap bilik pameran Chevrolet di sini (New Jersey).

"Memiliki penampilan berwarna hitam, model itu lengkap dengan emblem tertera huruf SS (singkatan kepada Super Sport). Nampak garang," katanya.

Cerita McParland, dia kemudian bertindak masuk ke bilik pameran tersebut untuk meneliti enjin V8 dimiliki Chevrolet Camaro SS sebelum beredar tidak lama selepas itu.

McParland sambil berseloroh berkata, dia sempat menyambar brosur mengenai sedan berkenaan untuk dibawa pulang ke rumah.

Menerusi brosur tersebut, McParland dimaklumkan mengenai harga ditawarkan untuk seunit Chevrolet Camaro SS yang mana di luar kemampuan kewangannya ketika itu.

Enggan berputus asa, McParland menangguhkan dahulu hasratnya dan mula mengumpul wang demi merealisasikan impian itu tercapai.

Hampir dua tahun bersabar, McParland kemudian kembali ke bilik pameran sama dengan sejumlah wang yang diperuntukkan untuk membeli kereta berkenaan.

Namun, segalanya seakan tidak kena. Dia mengambil keputusan untuk membatalkan hasratnya itu selepas melihat sebut harga insurans bagi sedan sport berkenaan.

Cuba teka apa yang terjadi selepas itu?

McParland dilaporkan telah membeli unit Chevrolet Lumina keluaran tahun 1991 daripada bapa saudaranya.

Kenderaan terpakai itu dijualkan kepada McParland pada harga AS$2,000 (RM7,877).

Sehingga kini, dia masih menggemari Chevrolet Camaro SS berkenaan cuma tidak berpeluang untuk memilikinya atas kekangan komitmen.

Sebenarnya, cerita yang dikongsikan lelaki tersebut hampir sama dengan cerita penulis dan anda semua.

Bezanya, penulis gagal membeli BMW E46 disebabkan tidak mendapat sokongan isteri.

Sudahnya, Perodua Myvi juga pilihan isteri. Aduhai sayang!

Bagaimana pula dengan cerita anda?

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima…
Berita Domestik
Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika…
Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…