KERETA EV SEDAN BERCIRI SUPERCAR, GUNA GAYA PINTU ‘SCISSOR’ - DONGFENG eπ 007

oleh Firdaus Razani|
Satu lagi jenama automotif dari China iaitu Dongfeng baru sahaja melancarkan sebuah kereta sedan elektrik (EV) yang mempunyai pintu yang agak unik tidak seperti sedan biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dongfeng eπ 007 yang baru sahaja dilancarkan itu, mempunyai pintu jenis ‘scissor’ seperti kebanyakkan gaya bukaan pintu kereta supercar ternama iaitu Lamborghini dan McLaren.

Agak unik untuk dijadikan hasil produksi, kerana bukaan pintu itu kebanyakkannya kita boleh tengok dari rekaan sendiri sahaja atau custom untuk dipamerkan kebanyakkan pameran-pameran kereta.

 

dongfeng

 

Walaubagaimanapun, Dongfeng telah membuka pesanan untuk EV tersebut dengan harga jualan bermula pada 159,000 yuan bersamaan RM106,000 di pasaran negara China.

Pada harga tersebut, ianya agak murah untuk pasaran di China tambahan pula untuk pembeli awal akan menerima subsidi khas sebanyak 10,000 yuan (RM6,669)yang boleh digunakan untuk warna, tambahan pilihan, aksesori atau pakej mengikut pesanan mereka.

 

dongfeng

 

Eπ 007 menampilkan gaya badan sedan fastback empat pintu yang bereka bentuk aerodinamik dengan pekali seretan rendah hanya 0.209 Cd sahaja.

Seperti kebanyakkan EV China yang lain, pada bahagian hadapan EV ini, ia menampilkan lampu nyalaan siang (DRL) LED yang nipis serta tajam dan lampu utama diletakkan pada posisi yang lebih rendah pada bampar.

 

dongfeng

 

Selain itu, elemen yang ketara dalam reka bentuk ialah lampu belakang LED yang lurus dan langsing serta spoiler yang boleh dibuka bakal menunjukkan lagi element futuristik dan laju.

 

dongfeng

 

Bagi memiliki EV berpintu ‘scissor’ ini, Pelanggan  boleh memilih pakej pilihan istimewa berharga 22,000 yuan (RM14,672) yang ditawarkan untuk model yang lebih tinggi iaitu 620Pro dan 540 Max.

Untuk ciri dalaman EV ini, ia mempunyai paparan infotainmen bersaiz 15.6 inci dan untuk paparan skrin speedometer berukuran 8.8 inci pada EV ini boleh berputar, ciri yang mengingatkan pada McLaren 720S.

 

dongfeng

 

Selain itu, untuk tempat duduk hadapan, ia mempunyai fungsi urutan 8 mata, sistem pencahayaan ambien 64 warna, sistem bunyi premium dengan 20 pembesar suara dan komprehensif 38 penderia yang berfungsi tempat letak kenderaan kawalan jauh dan sistem bantuan pemanduan termaju.

 

dongfeng

 

Eπ 007 akan tersedia dalam dua versi, iaitu elektrik bateri dan hibrid bermula dengan model asas 53-Pro BEV, ia mempunyai pek bateri berkapasiti 56.83 kWj yang mampu menghasilkan kuasa output pada motor elektrik belakang hingga 215 hp dan 310 Nm tork.

Dengan sekali pengecasan penuh, ia mencapai jarak pemanduan sehingga 530km dan mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 6.8 saat.

Manakala untuk varian pertengahan, 620Pro, ia dilengkapi pek bateri berkapasiti 70.26 kWj yang mampu menjana motor elektrik belakang sehingga 268hp dan 320 Nm tork.

Pada pengecasan penuh, ia mampu bergerak sehingga 620km untuk jarak pemanduan dan memecut dari 0-100 km/j dalam 5.8 saat.

 

dongfeng

 

Sebagai versi varian tertinggi, 540 Max mempunyai pek bateri 70.26 kWj yang sama namun ia mempunyai dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa output sehingga 536hp dan 640Nm tork.

Dengan kuasa output itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 3.9 saat sahaja dan bergerak dengan jarak sehingga 540km untuk sekali pengecasan.

 

dongfeng

 

Selain daripada varian elektrik penuh, Dongfeng jugak menawarkan versi hibrid iaitu 200Pro, ia menggabungkan enjin 1.5 liter dan motor elektrik belakang dengan janaan bateri berkapasiti 28.39 kWj yang mampu menghasilkan kuasa output sehingga 215hp dan 310 Nm tork.

Untuk versi ini, jika menggunakan tenaga motor elektrik, ia mampu mencapai jarak sehingga 200km atau sejauh 1,200km dengan menggunakan enjin 1.5 liter tersebut.

 

SUMBER : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai info, model yang dihasilkan oleh Renault itu turut diproduksikan dengan nama yang berbeza…
Berita Global
Dalam perkembangan terbaharu, media tempatan melaporkan Dongfeng mahu membangunkan model Warrior…
Berita Global
Jenama Voyah mempunyai sasaran untuk mengedarkan EV dan juga kenderaan tenaga baharu (NEV) di…