Namun di alam maya ini, satu hantaran yang salah mampu membinasakan diri sendiri serta syarikat, menyaksikan saham Tesla jatuh 12 peratus dan nilainya merudum sebanyak US$14 billion (RM60 billion).
Tesla stock price is too high imo
— Elon Musk (@elonmusk) May 1, 2020
Ini adalah kerana pengasas Tesla, Elon Musk dilaporkan membuat satu hantaran tweet di laman Twitter peribadi yang menyebut "nilai saham Tesla terlalu tinggi" serta berhasrat untuk menjual harta miliknya.
Tindakan Elon itu juga turut menyebabkan Elon rugi $3 billion akibat para pelabur yang bertindak menjual segera pegangan mereka di dalam syarikat Tesla.
Ini bukanlah kali pertama Elon menimbulkan kontroversi, kerana pada tahun 2018, Elon turut membuat satu hantaran mengenai masa hadapan Tesla di dalam pasaran saham New York, menyebabkan beliau didenda sebanyak $20 juta.
Nilai saham Tesla didapati meningkat pada tahun ini dan ia merupakan satu pentanda bahawa Elon bakal menerima bonus bernilai ratusan juta dollar.
Menurut pengalisa Daniel Ives daripada Wedbush Securities berkata, "kami melihat tindakan komen Elon sebagai 'terlepas cakap', dan itulah Elon Musk yang anda kenali.
"Tindakan beliau ternyata membuatkan para pelabur pening kepala, kerana isu yang dibangkitkan merupakan isu panas dan Wall Street jelas kecewa dengan tindakan tersebut," tambah beliau.