Kerajaan UK perketat lagi undang-undang perlepasan emisi menjelang 2040

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan UK kini memperketatkan lagi undang-undang perihal perlepasan emisi serentak dengan larangan penggunaan enjin diesel dan petrol di negara tersebut.

Penambahan ini termasuk di dalam strategi yang digelar Road To Zero, dan besar kemungkinan hanya kenderaan plug-in hibrid, kuasa hidrogen dan juga kenderaan elektrik sahaja yang layak berada di atas jalan menjelang 2040.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai tambahan kepada undang-undang dan larangan sedia ada, setiap kereta baharu mestilah mempunyai jumlah jarak perjalanan sejauh 80 km menggunakan kuasa elektrik sahaja. 

Ini bermakna kenderaan hibrid sedia ada seperti Toyota Prius dan Audi A3 e-tron (sekadar menyebut beberapa nama) bakal dilarang penjualannya sama sekali jika mengikut peraturan terbaharu tersebut. 
 


Difahamkan berdasarkan laporan daripada Financial Times, terdapat beberapa orang pegawai yang terlibat secara langsung di dalam perlaksanaan ini mengesahkan pelan perlaksaan polisi yang bakal berkuatkuasa pada tahun 2040.

Walaubagaimanapun, jurucakap daripada Jabatan Pengangkutan Jalan UK menidakkan laporan yang tersebar tersebut. 

"Kerajaan (UK) tidak pernah merancang untuk melarang penjualan kenderaan hibrid pada 2040, ini kerana strategi (Road to Zero) ini masih belum dibincangkan secara mendalam dan dipersetujui oleh Menteri-menteri," ujar wakil tersebut. 

Sumber: AutoExpress UK

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Automotive News, ratusan unit Lotus Emira masih lagi tersadai di kebanyakan pusat…
Berita Global
Bercakap kepada CarSales, pengarah pembangunan kenderaan Mercedes-AMG Steffen Jastrow menjelaskan…
Berita Global
Berdasarkan dokumen Kesatuan Eropah yang terbocor baru-baru ini, ia memberikan petunjuk tidak akan…