Kerajaan berminat untuk kaji had umur minima memandu/menunggang

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Pengangkutan dalam sesi temuramah bersama media hari ini berkata ia berminat untuk mengkaji semula had umur minima bagi lesen memandu kereta dan menunggang motosikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kajian terhadap had minima umur itu perlu memandangkan peningkatan kadar kemalangan maut di kalangan pengguna jalanraya remaja di dalam negara sudah mencapai tahap kritikal.

"Kami menjemput rakyat Malaysia untuk memberikan pendapat dan pandangan atau cadangan apakah had umur minima bagi seseorang itu untuk mendapat lesen memandu dan menunggang motosikal," ujar Loke selepas sesi mesyuarat selama dua jam dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pagi tadi.

 

 

Orang awam dijemput untuk berkongsi pendapat mereka di Facebook JKJR bermula hari ini. Beliau tidak menyatakan bila had umur baharu akan diumumkan.

Buat masa sekarang. umur minima untuk lesen memandu ialah 17 tahun sementara umur minima untuk lesen menunggang percubaan ialah 16 tahun.

Loke tidak memberi komen bila ditanya adakah 18 tahun satu umur yang ideal untuk usia minimum lesen memandu dan menunggang.

"Kita tunggu dulu apa kata rakyat," kata Loke.

Menurut statistik polis tahun 2016 yang telah disiarkan secara umum pada Oktober tahun lalu, sebanyak 1,161 kematian akibat kemalangan maut ialah dari umur 16 hingga 20 tahun. 

Seramai 1,000 nyawa pula melayang akibat kemalangan maut bagi remaja berusia 21 hingga 25 tahun.

Jumlah mangsa yang cedera pula ialah 2,025 (usia 16-20) dan 1,645 (usia 21-25).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata hasil pendapatan daripada tender terbuka nombor…
Berita Domestik
Transport Minister Anthony Loke said the review for minimum age was necessary in view of rising…