Kerajaan bakal tawarkan lebih banyak insentif untuk EV dalam bajet 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Tahun 2023 kerajaan dilihat lebih serius dalam menuju ke arah negara dengan kenderaan sifar pelepasan apabila mereka bakal menawarkan lebih banyak insentif untuk EV.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut laporan BERNAMA, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, "Kerajaan akan mengumumkan lebih banyak insentif berkaitan EV dalam bajet 2023 yang disemak semula."

Menurutnya, melalui insentif yang diberikan kerajaan untuk EV pada tahun 2022, jumlah daftar EV telah bertambah kepada lebih 2,000 unit.

Tambahnya, Malaysia menyasarkan untuk memasang 10,000 tempat pengecasan EV menjelang tahun 2025 melalui Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030.

Beliau berkata, "Pada masa ini, lebih 900 pengecas EV awam dipasang oleh pelbagai pengendali pusat pengecasan di Malaysia."

"Untuk menyokong pertumbuhan EV semasa dan masa depan dari segi infrastruktur pengecasan, peraturan dan piawaian sedang dikemas kini memastikan keselamatan premis ini."

Manakala dalam satu kenyataan lain, Cyberview dan REISB berkata bahawa kerjasama mereka akan memanfaatkan pengetahuan dan keupayaan masing-masing dalam membangunkan ekosistem mobiliti pintar terutama infrastruktur EV.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Perodua, Myvi Conversion itu bukanlah satu produk yang siap untuk dijual, atau akan dijual…
Model Terbaharu
EV GAC AION Y Plus 2024 diperkenalkan semasa Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang dan hadir…
Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…